• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asus ZenWatch 2 Akan Hadir Pada Tahun Hadapan?

oleh AK-47
28/04/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

Asus telah memperkenalkan jam tangan berasaskan kepada Android Wear mereka, iaitu ZenWatch pada IFA 2014 pada bulan September 2014 yang lepas.

Peranti tersebut tidak dijadualkan untuk memasuki pasaran Malaysia, dan dikatakan hanya generasi kedua jam tangan pintar berkenaan akan memasuki pasaran tempatan.

Generasi kedua untuk jam tangan pintar berkenaan, atuapun lebih dipanggil sebagai ZenWatch 2 pada awalnya dijangka mungkin diperkenalkan sekitar pada Computex 2015 ataupun IFA 2015.

Namun, kini ia dilihat mungkin pengguna perlu menantikan untuk tempoh yang lebih lama bagi mendapatkan peranti berkenaan.

Mengikut laporan terbaru, CEO Asus dipetik mengatakan ZenWatch 2 hanya akan diperkenalkan dan dilancarkan pada tahun hadapan.

Menurut CEO Asus lagi, ia kini dalam pembangunan, dan mereka menyasarkan untuk memperkenalkan dua variasi pada tahun hadapan, iaitu variasi khusus untuk wanita dan juga untuk lelaki.

Seperti semua sedia maklum, beberapa jam tangan pintar dipasaran hari ini agak bersaiz besar, dan sesetengahnya sedikit tebal dan mungkin tidak digemari pengguna wanita.

Mungkin penawaran rekaan khusus ZenWatch 2 untuk pengguna wanita akan menarik lebih ramai mendapatkan jam tangan pintar Asus.

Dengan perkongsian CEO Asus ini, kini semestinya ramai tertanya-tanya apakah bakal diperkenalkan oleh Asus ketika Computex dan juga IFA kelak.

-MYNEWSHUB.CC

Sumber: ndtv

Tags: Asusjam pintar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Syarul Ridzwan Tidak Mahu Popular Dengan Kisah Peribadi

Next Post

Laporan Tahun 2014 GTP Dan ETP – Intipati Ucapan PM

Related Posts

China Hasilkan Telefon, Tablet Boleh Lentur

23/02/2019
0

LONDON - Sebuah syarikat barangan elektronik konsumer China, TCL Corporation (TCL) sedang menghasilkan sebuah telefon pintar yang boleh dilenturkan untuk...

Apple Watch Series 2 Mula Ditawarkan Hari ini

21/10/2016
0

BERITA baik buat peminat tegar jenama 'bonjuis' Apple, orang ramai kini boleh mendapatkan jam pintar Apple Watch Series 2 pada...

Next Post

Laporan Tahun 2014 GTP Dan ETP - Intipati Ucapan PM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd