• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asus VivoWatch, Jam Pintar Dengan Masa Bertahan 10 Hari

oleh AK-47
15/04/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS ZenWatch telah pun diperkenalkan oleh Asus pada tahun lepas, yang mana merupakan jam tangan pintar berasaskan Andoird Wear daripada mereka.

Malangnya, jam tangan pintar tersebut tidak memasuki pasaran tempatan, dan Asus mengatakan akan membawa masuk versi seterusnya ke pasaran tempatan.

Nampaknya, mereka tidak melengahkan-lengahkan keluaran terbaru jam pintar selepas ZenWatch.

Baru-baru ini, Asus memperkenalkan variasi terbaru jam tangan pintar dari mereka.

Kini kelihatan mereka sedang menyiapkan sebuah produk baru dinamakan sebagai VivoWatch.

Memandangkan ia tidak menggunakan jenama “zen”, maka ia masih menjadi tanda tanya sama ada ia akan menggunakan sistem operasi berasaskan Android Wear, atau sistem operasi tersendiri daripada Asus.

VivoWatch ini dikatakan akan memfokuskan lebih kepada kecergasan, dan menariknya menawarkan masa penggunaan sehingga 10 hari lamanya.

Dengan fokus terhadap kecergasan juga, jam ini dijangka akan dilengkapi sokongan kalis air.

Maklumat lanjut mengenai jam tangan pintar ini masih samar-samar, dan Asus dijangka akan berkongsi lanjut mengenainya berkemungkinan seawal esok.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: ENGADGET

Tags: Asusjam pintar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

China Hasilkan Telefon, Tablet Boleh Lentur

23/02/2019
0

LONDON - Sebuah syarikat barangan elektronik konsumer China, TCL Corporation (TCL) sedang menghasilkan sebuah telefon pintar yang boleh dilenturkan untuk...

Apple Watch Series 2 Mula Ditawarkan Hari ini

21/10/2016
0

BERITA baik buat peminat tegar jenama 'bonjuis' Apple, orang ramai kini boleh mendapatkan jam pintar Apple Watch Series 2 pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd