• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asas Ekonomi Malaysia Kekal Kukuh, Kata Najib

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Asas-asas ekonomi Malaysia kekal kukuh, disokong oleh kepelbagaian struktur ekonomi negara dan kestabilan institusi, termasuk sektor perbankan, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata asas ekonomi negara yang kukuh itu diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa seperti Forum Ekonomi Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, yang menyenaraikan Malaysia menghampiri kedudukan teratas bagi jadual daya saing dan mudah menjalankan perniagaan.

“Kita telah mengambil langkah-langkah tegas untuk mengawal inflasi, dan kita telah melihat hasilnya. Walaupun penurunan harga minyak telah menyumbang kepada kadar inflasi yang lebih rendah, kadar bukan minyak berada pada tahap yang sangat rendah.

Inflasi makanan, misalnya, telah susut daripada 3.9 peratus tahun lepas kepada 2.8 peratus pada bulan lepas,” kata Najib pada majlis makan malam ulang tahun ke-140 Standard Chartered di sini malam ini.

Sejak 2009, kadar kemiskinan di Malaysia, kata beliau, telah berkurangan daripada 3.8 peratus kepada satu peratus pada 2014.

Beliau berkata sektor kewangan Malaysia merupakan sebahagian besar daripada kejayaan negara, dan adalah komponen penting kepada ekonomi.

“Terdapat pelbagai keperluan untuk dipenuhi, daripada projek-projek perindustrian, perbandaran dan infrastruktur, dan kita berbangga dengan reputasi perkhidmatan kewangan kita bagi integriti dan kebolehpercayaan,” kata Perdana Menteri. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd