• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Unesco Terima Manfaat Daripada Dana Inisiatif Malaysia

oleh Ahmad Albab
14/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Projek bernilai lebih daripada US$5 juta telah diluluskan selama dua tahun di bawah Dana Kerjasama Malaysia-UNESCO yang diusahakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata dana itu meliputi 17 projek yang menumpukan kepada negara pulau kecil yang membangun, negara mundur, Afrika dan kerjasama Selatan-Selatan. Inisiatif itu diambil, katanya, kerana Kuala Lumpur percaya bahawa UNESCO atau Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB memerlukan sokongan semua negara anggota.

“UNESCO ialah sebuah pertubuhan yang kami amat berbangga untuk dikaitkan sejak keanggotaan kami pada 1958. Kerjasama kami dengan UNESCO telah meningkat selama beberapa tahun ini dengan kejayaan-kejayaan yang signifikan,” katanya.

Muhyiddin, yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari di Paris, bercakap pada majlis jamuan malam dengan para anggota perwakilan tetap Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam UNESCO di ibu kota Perancis itu Isnin malam.

Timbalan perdana menteri berkata beberapa perkara penting dalam projek-projek berkenaan akan dikongsikan pada persidangan agung UNESCO akan datang dalam bulan November.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, menyifatkan UNESCO dan OIC sebagai amat bernilai dan istimewa kerana Malaysia berkongsi terlalu banyak perkara yang ideal dalam kedua-dua pertubuhan itu.

“Saya percaya, secara bersama, negara-negara anggota OIC boleh membawa banyak idea kepada UNESCO yang amat diperlukan oleh negara-negara Islam, sama ada dalam bidang pendidikan, sains, kebudayaan, warisan dan banyak lagi,” katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa sejak menganggotai OIC pada tahun penubuhannya 1969, Malaysia menyertai secara aktif dalam banyak inisiatif yang digerakkan pertubuhan itu selama ini.

Timbalan perdana menteri turut menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj menggalas tanggungjawab sebagai setiausaha agung OIC yang baru diwujudkan di Jeddah ketika itu dari 1970 hingga 1974.

Muhyiddin berada di ibu negara ini untuk menghadiri beberapa acara berkaitan hasrat Malaysia menganggotai lembaga eksekutif UNESCO bagi tempoh 2015-2019. – BERNAMA

Tags: UNESCO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

09/07/2024
0

Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan...

Isu Kampung Baru Cina Warisan UNESCO Perlu Dibincang Di Kabinet, Parlimen

Isu Kampung Baru Cina Warisan UNESCO Perlu Dibincang Di Kabinet, Parlimen

10/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Cadangan menjadikan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd