• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Rela Maut Terkena Tembakan Ketika Berburu

oleh Ahmad Albab
18/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Seorang anggota Rela terbunuh akibat terkena tembakan di bahagian dada dan tangannya ketika sedang berburu bersama dua rakannya di Hutan Kacong, Lata Tembakah, Hulu Besut di sini 12.05 tengah malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Shamsuddin Derahim, 56, dari Kampung Cawangan, Hulu Besut di sini maut di tempat kejadian manakala seorang lagi rakannya yang berumur 47 tahun cedera ringan dipercayai terkena serpihan peluru.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah ketika mengesahkan kejadian berkata pihaknya menerima aduan di Balai Polis Pasir Akar mengenai kejadian daripada seorang rakan mangsa yang menyertai pemburuan tersebut.

“Ekoran kejadian itu, dua rakan mangsa termasuk yang cedera, ditahan untuk siasatan lanjut dan sepucuk senapang patah dirampas daripada mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya polis sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui bagaimana mangsa dan seorang lagi rakannya terkena tembakan tersebut.

Mayat mangsa dibawa ke Bilik Mayat, Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat hari ini.

Isteri mangsa Raja Minah Raja Sulaiman, 50, ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Daerah Besut berkata suaminya keluar berburu bersama dua rakan sekampungnya pukul 3 petang semalam. – BERNAMA

Tags: RELA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Hadapi Cabaran Besar Untuk Kalahkan BN Di Rompin

Next Post

Didakwa Kes Rompak Bersenjata Selepas 26 Tahun Diburu

Related Posts

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

23/12/2022
1

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang...

Rela Siasat Pendaftaran Keanggotaan

15/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjalankan siasatan dalaman selepas tular pendaftaran automatik dalam...

Next Post

Didakwa Kes Rompak Bersenjata Selepas 26 Tahun Diburu

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd