• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktiviti Sepadu Kurangkan Kes Denggi Lebih 50% – Dr Subramaniam

oleh Ahmad Albab
10/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Aktiviti penguatkuasaan bersepadu Kementerian Kesihatan berjaya mengurangkan purata kes demam denggi iaitu daripada 3,500 kes seminggu pada Januari kepada 1,600 kes pada awal April ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata pengurangan melebihi 50 peratus itu merupakan hasil kejayaan tindakan bersepadu kementerian dengan pelbagai agensi berkaitan serta komitmen masyarakat dalam melaksanakan aktiviti pencegahan denggi.

“Selain itu, langkah kawalan baharu iaitu teknik semburan dalam kawalan nyamuk Aedes turut memainkan peranan menghalang pembiakan nyamuk itu,” katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Menurutnya sejumlah 1,609 kes dilaporkan pada minggu ke-13 tahun ini berbanding dengan 1,645 kes pada minggu sebelumnya, yang menurun 36 kes atau dua peratus.

Daripada Januari sehingga 4 April lepas, Dr Subramaniam berkata jumlah kumulatif kes denggi adalah 34,144 kes berbanding 25,098 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

“Pada masa sama, sejumlah 108 kematian dilaporkan berbanding 62 kematian bagi tempoh sama pada 2014, yang merupakan peningkatan 46 kematian atau 74 peratus,” katanya.

Jumlah lokaliti wabak juga berkurangan daripada 1,131 pada akhir Januari kepada 615 pada awal April ini, manakala bagi tempoh sama, jumlah ‘kawasan panas’ (hotspots) turut menurun dari 248 kepada 139.

“Meskipun berlaku penurunan ketara, cabaran utama dalam pencegahan denggi ialah mengekalkan usaha semua pihak pada momentum yang sama iaitu mengurangkan kes denggi kepada 1,200 kes.

“Saya berharap semua kerajaan tempatan akan mengikuti langkah, seperti Perlis dan Melaka yang mewujudkan jawatankuasa untuk meningkatkan penguatkuasaan kebersihan persekitaran secara berterusan,” katanya.

Ditanya mengenai kesedaran orang ramai mengenai denggi, Dr Subramaniam berkata tahap kesedaran kini lebih baik dan mengingatkan masyarakat supaya mengubah sikap untuk menghalang kejadian penyakit berjangkit ini.

Dalam pada itu, katanya Kementerian Kesihatan akan menyenaraikan syarikat-syarikat yang melakukan semburan kawalan nyamuk Aedes dalam laman sesawang pada minggu hadapan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan mereka sekiranya perlu. – BERNAMA

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd