• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aidilfitri: Terengganu Beri Bonus RM500 Kepada 3,000 Orang

oleh Ahmad Albab
25/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Kerajaan negeri Terengganu akan memberikan bonus RM500 kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Pegawai Teknologi Maklumat (EIO), Juruteknik Komputer (TSO) dan guru kelas tadika sebelum Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pemberian julung kali itu melibatkan kira-kira 3,000 penerima dan akan diagihkan pada Ramadan ini.

“Kita bersetuju memberikan bonus bagi meringankan beban mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skuad 37 Parlimen Marang sempena Hari Terbuka Gen Y daerah itu di sini.

Skuad 37 Parlimen Marang bertujuan menyelaraskan kerja-kerja sukarelawan dalam kalangan generasi muda khususnya di kawasan itu.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata pengagihan Dana Raya dan Dana Bakti Remaja tahun ini akan dilakukan lebih sistematik dengan mereka perlu mengisi borang dalam talian terlebih sebelum baucer diserahkan mulai 1 Ramadan.

Bagi golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas, kerajaan akan menyampaikan sendiri bantuan itu kepada mereka.

“Langkah sama juga dilaku untuk golongan pelajar dan mahasiswa yang berada di luar Terengganu terutamanya di Lembah Kelang,” katanya. – BERNAMA

Tags: BonusTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd