• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abby Abadi Tak Jadi Dedah Punca Kahwin Dengan Norman

oleh Ahmad Albab
22/04/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA Abby Abadi sememangnya sinonim dengan isu-isu panas semenjak dia mula menghadapi masalah rumah tangga ketika masih aktif dalam bidang seni satu ketika dahulu.

Antara yang menjadi perhatian masyarakat Malaysia adalah kisah penceraiannya dengan pelakon Norman Hakim, cerita penghijrahannya ke arena politik dengan menyertai PAS dan perkahwinan dengan lelaki lebih muda iaitu Noor Farhan Che Bakar yang bertahan tak sampai setahun.

[TERDAHULU: Terjun Bidang Seni, Farhan Nafi Tumpang Glamor Abby Abadi]

Minggu lalu, Abby sekali lagi dilihat sengaja mencipta kontroversi apabila membuat kenyataan mahu memaklumkan kepada umum sebab dia berkahwin dengan Norman dahulu. Dah kenapa nak digali balik kisah lama..?

https://instagram.com/p/1YBIv8QHVQ/?taken-by=abby_abadi112

Apa motif Abby ingin melakukannya? Tidakkah difikirkan perasaan isteri Norman iaitu Memey? Itu antara persoalan yang dilontarkan ramai pengguna yang tidak bersetuju dengan tindakan ahli kumpulan Elite itu.

Selepas menerima banyak kritikan pedas, Abby akhirnya memutuskan untuk tidak memberi sebarang ulasan lanjut mahupun mengungkit kisah lamanya bersama Norman.

Ujarnya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, “Tak apalah, saya malas nak layan sebab kalau jawab nanti, orang akan panjangkan perkara ini & lagipun, ramai sangat juri awam kat Malaysia ini.

“Saya memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan perkara ini, tiada apa yang serius dan kalau cerita pun, ia tidak berbaloi. Jadi, lupakan saja.

“Bagi saya, ia bukanlah satu perkara yang penting untuk dikongsikan bersama,” ujarnya.

Nampak gayanya, Abby baru tersedar tindakan dibuatnya memang tak molek langsung dan seolah-olah tak hormatkan rumah tangga Norman dan Memey lepas ditegur banyak pihak kot.

Abby pun dikhabarkan sedang mengenali hati budi seseorang, jadi ada baiknya memberi tumpuan kepada hal masa depan daripada cuba mengungkit kisah silam…

– MYNEWSHUB.CC

Kenyataan Kontroversi Abby Abadi – Rezeki Artis Adalah Haram

https://www.youtube.com/watch?v=VtY9WKHPols

Tags: Abby Abadikontroversipelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd