• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

95 Ditahan Kerana Disyaki Terbabit IS – Zahid

oleh Ahmad Albab
17/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Polis menahan 95 rakyat Malaysia yang berpotensi menjadi pengganas dan terlibat dalam kumpulan militan IS setakat ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata bilangan itu bertambah daripada 93 orang pada 6 April ketika pembentangan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 kepada 95 orang.

Beliau berkata pihak polis sedang melakukan pemantauan terhadap individu dan kumpulan yang disyaki terlibat dalam IS melalui sosial media dan alam maya yang menjadi saluran komunikasi antara ahli-ahli kumpulan militan.

“Kita menghantar pasukan risikan untuk memantau kegiatan mereka..kita tidak boleh tangkap mereka begitu sahaja tanpa menyiasat mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengahdiri Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri 2014 hari ini.

Seramai 395 warga KDN dan agensi di bawahnya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Setiausaha KDN Datuk Alwi Ibrahim.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Interpol Global Complex for Inovation Inauguration yang berpusat di Singapura akan meningkatkan kerjasama antara Asia dan membantu Aseanapol dalam memerangi jenayah siber di rantau ini.

Beliau yang mengunjungi pusat itu yang baru dilancarkan itu dua hari lepas berkata jenayah siber menjadi cabaran baharu kepada polis dan badan penguat kuasa lain di rantau ini dan kewujudan Interpol boleh membantu Aseanapol.

“Masih ada negara-negara yang berfikiran analog tetapi penjenayah menggunakan cara-cara digital. Oleh itu, pemikiran dan pengguna analog kena tukar kepada digital kerana kita perlu mengakali mereka.

“Komitmen negara Asean dan Asia harus diterjemahkan bukan sekadar peralatan tetapi juga memberikan latihan kepada pegawai dan anggota polis di negara di rantau ini.

“Kita juga boleh berkongsi maklumat dan laporan siasatan kerana penjenayah mempunyai rangkaian antarabangsa dan ini perlu ditangani secara silo *bukan sahaja) dalam negara tetapi rantau,” katanya. – BERNAMA

Tags: ISZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd