• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

94 Lagi Rakyat Malaysia Dari Yaman Tiba Di Tanah Air

oleh Ahmad Albab
12/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Kumpulan ketiga membabitkan 94 rakyat Malaysia dikeluarkan dari Yaman tiba di tanah air menerusi penerbangan Oman Air WY821.

Kumpulan itu yang kebanyakannya adalah pelajar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Muscat pada pukul 11.35 malam pada Sabtu.

Anak kepada Menteri Besar Kelantam, Irsyad Abdul Hakim Ahmad, merupakan antara yang turut dipindahkan.

Salah seorang daripada rakyat Malaysia yang dipindahkan, Dinie Hakal Ramyramza, 19, dari Melaka, berkata kebanyakan mereka belajar di Tarim, Lembah Hadhramaut.

Beliau berkata, walaupun keadaan di bandar itu agak selamat, para pelajar diminta untuk pulang ke tanah air apabila kedutaan di Tarim telah berpindah ke Muscat di Oman.

“Kami diberitahu untuk datang semula sekiranya terdapat masalah dengan visa atau pasport kami apabila kedutaan telah berpindah,” katanya kepada pemberita di KLIA.

Dinie Hakal belajar di Yaman sejak setahun lalu.

Seorang lagi pelajar, Muhd Amin Izammuddin, 22, berkata, beliau bersyukur kerana selamat tiba di tanah air.

“Syukur, keadaan di Tarim lebih selamat berbanding Aden,” katanya.

Muhd Amin berkata, masalah yang berlaku di Tarim termasuk kekurangan petrol dan tidak dapat mengeluarkan wang.

Beliau berkata, kedutaan Malaysia sentiasa behubung dengan para pelajar di Aden.

Muhd Amin pulang ke tanah air bersama isterinya yang juga seorang pelajar, Sarah Izzati Saiful, 20.

Setakat ini, seramai 252 rakyat Malaysia termasuk kumpulan ketiga dibawa pulang ke tanah air sejak 7 April lalu. – mStar Online

Tags: rakyat MalaysiaYaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Data menunjukkan hampir 90 peratus rakyat Malaysia hanya menggunakan secara purata 100 liter petrol sebulan. Ia bermakna...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd