• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

892 Unit RMR1M Dibina Di Sarawak Dari 2002-2013

oleh Ahmad Albab
07/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 892 unit di bawah program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) berjaya disiapkan di Sarawak dalam tempoh 2002 hingga 2013, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata jumlah itu termasuk 33 unit di kawasan Kota Samarahan yang dibina menggunakan subsidi kerajaan.

“Setakat ini, Pembangunan Perumahan Negeri Sarawak telah menerima 41 permohonan baharu dari kawasan Kota Samarahan dan sedang dalam proses penilaian.

“Unit-unit RMR1M ini (sekiranya layak) akan dibina menggunakan peruntukan subsidi 2015 setelah peruntukan tersebut disalurkan kepada Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB)”, katanya menjawab soalan Rubiah Wang (BN-Kota Samarahan).

Rubiah meminta Kementerian Kewangan menyatakan status terkini proses permohonan RMR1M di Kota Samarahan serta kuota kelulusan program itu yang telah dibina.

Chua berkata tiada kuota dikhususkan bagi pelaksanaan RMR1M di seluruh negara kerana permohonan bagi program itu adalah terbuka sepanjang masa dan bergantung kepada peruntukan subsidi tahunan yang diterima daripada kerajaan.

Bagi menjamin keselesaan rakyat, kerajaan turut menambah baik kualiti RMR1M dengan memperluas saiz rumah daripada 866 kaki persegi kepada 1,000 kaki persegi dengan harga yang lebih rendah iaitu daripada RM75,000 kepada RM65,000.

Beliau berkata bagi memastikan rakyat terus menikmati kemudahan rumah, SPNB turut menyediakan pelbagai produk seperti Rumah Aspirasi Rakyat berteraskan konsep kos rendah yang dijual pada harga RM35,000 dan Rumah Idaman Rakyat yang dijual pada harga RM250,000. – BERNAMA

Tags: Rumahsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd