• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Terkorban Nahas Pesawat Di Illinois

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BLOOMINGTON, Illinois – Tujuh orang terkorban termasuk ketua jurulatih skuad bola keranjang Illinois State University dan timbalan pengarah olahraga selepas sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan padang di sini, hari ini.

Mangsa dikatakan pulang selepas menyaksikan perlawanan bola keranjang NCAA di Indianapolis.

Sheriff Wilayah McLean, Jon Sandage berkata, anggota penyelamat menemui tiada mangsa yang terselamat di tapak nahas dekat bandar Bloomington dan koroner mengumumkan semua tujuh orang dalam pesawat itu terkorban.

Pesawat malang itu terhempas di ladang kacang soya kira-kira empat kilometer dari Lapangan Terbang Bloomington.

Koroner, Kathleen Davis berkata, semua mangsa yang ditemui masih memakai tali pinggang, mati akibat kesan hentakan ketika kapal terbang itu terhempas.

Sehubungan itu, Presiden Illinois State University, Larry Dietz mengesahkan menerusi e-mel kepada pelajar, fakulti dan kakitangan universiti berkenaan bahawa ketua jurulatih bola keranjang, Torrey Ward, 36 dan Timbalan Pengarah Hubungan Luar Jabatan Olahraga, Aaron Leetch, 37, terkorban dalam nahas awal pagi waktu tempatan.

Kandungan e-mel itu dihantar kepada media.

“Kata-kata tidak berupaya untuk melahirkan dukacita yang dirasai berikutan tragedi seperti ini. Kami semua tersentuh di antara rasa terkejut dan terlalu sedih,” kata Dietz.

Katanya, Ward dan Leetch begitu dihormati dan disukai di kalangan kakitangan jabatan olahraga.

Selain itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, dalam nahas berkenaan, pesawat Cessna 414 twin-engine berlepas dari Indianapolis dan terhempas dekat Lapangan Terbang Illinois di Bloomington selepas tengah malam waktu tempatan.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan sedang menyiasat tetapi tiada butiran mengenai punca nahas.

Gambar-gambar terbaharu dari lokasi nahas menunjukkan kabus tebal.

Komunikasi radar terputus sebelum nahas dan misi mencari dilancarkan apabila juruterbang gagal memberitahu jadual laluan. Bangkai pesawat ditemui selepas kira-kira tiga jam.

Mangsa lain yang terkorban termasuk ahli perniagaan, Scott Bittner, 42; pemilik bar, Terry Stralow, 64; juruterbang Thomas Hileman, 51 dan seorang kakitangan, Andrew Butler, 40.

Jason Jones, 45, bekas pemain bola keranjang dan besbol untuk skuad Illinois Wesleyan University turut terkorban. – AP

https://youtu.be/XkYdFEFUXog

Tags: Nahas Pesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

Nahas Pesawat: Turkiye Sahkan Semua 20 Anggota Tentera Terkorban

12/11/2025
0

ANKARA: Kementerian PertahananTurkiye mengesahkan kesemua 20 anggota tenteranya yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban....

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd