• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Teksi Di China Ini Selfie 30,000 Penumpang

oleh
25/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING — Melakukan foto kendiri atau selfie kini sudah semakin menjadi trend di seluruh dunia, namun perkara yang dilakukan seorang pemandu teksi asal di bandar raya Shenyang, China, ini sungguh luar biasa.

Apa tidaknya, pemandu bernama Teng Jiazhi dan berusia 60-an di wilayah Liaoning itu menjelaskan, dia sudah pun melakukan kira-kira 30,000 selfie bersama-sama dengan penumpangnya selama empat tahun lalu.

Bagaimanapun, selfie pertamanya adalah yang paling melekat dalam hatinya apabila dia membawa dua orang penumpang yang sudah menunggu di tepi jalan pada malam dingin membeku selama hampir satu jam.

Katanya kepada harian Shenyang Evening News, mereka sangat berterima kasih sehingga menawarkan wang tambahan untuk Teng, namun dia menolak dan sebagai ganti, penumpang itu berselfie dengan dirinya pula.

Gambar foto itu malah diberi kepadanya dan peristiwa 10 tahun lalu itu memberikan inspirasi kepada Teng pada 2011 untuk meletakkan kamera di dalam teksinya bagi dirakam bersama penumpangnya sekadar suka-suka.

Secara purata, Teng hanya mengangkut 80 orang penumpang setiap hari dan setidak-tidaknya 20 orang antara mereka pasti bersetuju untuk selfie santai bersama dengan dirinya yang dianggap sebagai amat peramah itu.

Pejam celik pejam celik, dalam masa empat tahun, Teng sudah berjaya mengumpul lebih 30,000 selfie dan dia menyimpan koleksi kesemua foto selfie-nya itu dimuat turun menerusi akaun laman sosial Weibo miliknya.

Ini menyebabkan Teng mendapat 100,000 pengikut yang menggelar dirinya dengan nama ‘Pak Cik Teng’ atau ‘Abang Tua Tersenyum’ sehingga dia diberi anugerah sebagai pemilik koleksi selfie terbanyak di China.

“Saya cuba yang terbaik untuk membantu para penumpang saya yang ada masalah. Pelanggan saya hanya memerlukan sedikit percakapan, nyanyian, atau jenaka untuk membuatkan mereka bahagia,” kata Teng.

Dia mengimbau satu peristiwa ketika seorang perempuan muda yang menumpang teksinya pernah menolak untuk melakukan selfie bersama-samanya, lalu Teng cuba berbicara lembut dengan penumpang berkenaan.

“Akhirnya saya tahu, gadis itu baharu saja bertengkar dengan ibunya, lalu saya pun nyanyi sebuah lagu lama tentang seorang ibu yang memang tidak dapat bantu anaknya, tetapi selalu menyayangi anaknya itu.

“Wanita tersebut mula menangis dan selesai nyanyi, dia langsung telefon ibunya untuk minta maaf,” kenangnya, dan gadis itu malah berselfie bersama Teng, sekali gus menambah koleksi selfie-nya. – Agensi/A.AMREE

Tags: ChinapemanduselfieTeksiWeibo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd