• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut, 5 Cedera Dipanah Petir Di Batu Kawan

oleh Ahmad Albab
12/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU KAWAN – Dua lelaki maut manakala lima yang lain cedera termasuk seorang kritikal selepas dipanah petir ketika berteduh daripada hujan di kawasan kuil yang dalam pembinaan di Batu Kawan di sini, hari ini.

Mereka yang maut dalam kejadian kira-kira 7 malam itu ialah pekerja kilang dikenali sebagai N.Arumugam, 42, dan peniaga V.Sivaperumal, 56.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) DSP Shariffudin Abdullah berkata mereka mati di tempat kejadian kerana melecur teruk akibat dipanah petir.

“Mayat dua lelaki berkenaan dihantar di Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Beliau berkata lelaki yang kritikal dikenali sebagai S. Gunasegaran, 44, dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

Empat lagi yang cedera, yang berusia antara 35 hingga 48 tahun, dirawat di Hospital Sungai Bakap dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

“Ketika kejadian, tujuh lelaki berkenaan berteduh di kuil itu kerana hujan lebat dan angin kuat.

“Dipercayai kebanyakan mereka baru pulang dari kerja,” katanya. – BERNAMA

Tags: petir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Maut Dipanah Petir

16/06/2020
0

Seorang guru maut selepas dipercayai dipanah petir ketika dalam perjalanan dari sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Bungan Besar, Batang Igan dekat sini...

JDT Kongsi Langkah Keselamatan Elak Bahaya Petir

13/11/2018
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini berkongsi langkah-langkah keselamatan ketika bersukan dalam keadaan cuaca...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd