• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Motosikal Rosak Ditimpa Bumbung Tangki Air Flat

oleh Ahmad Albab
09/04/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Lima belas motosikal rosak apabila bumbung tangki air di Blok 3 Flat Seri Delima, Sungai Ara di sini diterbangkan angin kencang awal hari ini.

Bagaimanapun, tiada laporan kecederaan selepas bumbung yang diterbangkan itu jatuh ke kawasan parkir yang menempatkan motosikal berdekatan blok lima tingkat berkenaan jam 2 pagi.

Setiausaha Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad, Rameli Budin berkata, struktur penyokong bumbung yang diperbuat daripada kayu itu sepatutnya diganti besi tahun ini.

“Terdapat enam blok kesemuanya, lima yang lain telah diganti (besi) secara berperingkat tahun lepas,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata flat yang dibangunkan koperasi itu pada tahun 1996 diselenggara secara berjadual dengan tempat parkir kenderaan itu dinaik taraf beberapa tahun lepas.

“Mujur ketika kejadian, penduduk yang kadangkala bersantai di kerusi batu berdekatan parkir tidak berada di situ kerana hujan lebat semalam,” katanya yang turut tinggal di blok berkenaan sejak 2005.

Seorang penduduk, Mazlan Osman, 55, berkata ketika kejadian beliau terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi dentuman kuat dari rumahnya yang terletak di tingkat empat.

“Bila pak cik turun, nampak bumbung parkir dah ranap. Habis motor Yamaha Lagenda pak cik…baru pakai enam bulan,” katanya yang bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin ketika dihubungi berkata laporan polis telah dibuat beberapa pemilik motosikal berhubung kejadian itu. – BERNAMA

Tags: ribut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd