• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Tidak Campur Tangan Penahanan Kakitangan Portal TMI

oleh Ahmad Albab
01/04/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa beliau tidak campur tangan berhubung penahanan lima kakitangan portal berita The Malaysian Insider (TMI).

Katanya sebagai menteri, beliau tidak mencampuri arahan yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kerana soal operasi adalah di bawah bidang kuasa sesetengah jabatan.

“Dalam hal ini, tindakan yang dilakukan PDRM adalah suatu tindakan operasi yang kemungkinan disebabkan laporan polis yang dibuat oleh wakil Majlis Raja-Raja,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

PDRM hari ini menahan dua lagi kakitangan portal berita itu bagi membantu siasatan berhubung laporan berita yang didakwa mengaitkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja dengan isu cadangan pelaksanaan hudud di negeri Kelantan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan kakitangan TMI kepada lima orang. Semalam tiga ditahan di pejabat mereka di Mutiara Damansara, Petaling Jaya berhubung laporan berita portal itu baru-baru ini yang didakwa berbaur hasutan.

Zahid, yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh menafikan kononnya penahanan itu adalah satu tindakan keras terhadap kebebasan akhbar. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd