• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vladimir Putin Jejaki Pembunuh Nemtsov

oleh Ahmad Albab
03/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin berikrar akan mencari pembunuh pemimpin pembangkang, Boris Nemtsov selepas pemimpin Barat menuntut siasatan penuh, sementara anggota pembangkang di negara ini mengutuk ‘pembunuhan politik’ itu.

Nemtsov, 55, merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri Rusia di bawah pimpinan mendiang Presiden Boris Yeltsin tetapi, menjadi pengkritik hebat kerajaan pimpinan Putin dalam beberapa siri tunjuk perasaan parti pembangkang.

Pembunuhan itu me­rupakan yang terbaru dalam siri pembunuhan beberapa pemimpin pembangkang sejak 15 tahun Putin memerintah Rusia. Kejadian itu turut mengimbau kembali pembunuhan wartawan anti-Kremlin, Anna Politkovskaya pada 7 Oktober 2006 yang juga hari ulang tahun kelahiran Putin.

Putin bagaimanapun menyalahkan pembunuhan Nemtsov dilakukan oleh musuh yang cuba memburukkan Kremlin. Dalam satu mesejnya kepada ibu mangsa kelmarin, Putin berikrar untuk mengheret perancang pembunuhan itu ke muka pengadilan.

“Kejadian itu mempu­nyai semua petanda pembunuhan kontrak dan jelas ia satu provokasi,” kata­nya.

Beberapa jam sebelum dia dibunuh Jumaat lalu, Nemtsov ke udara di sebuah stesen radio untuk mengajak orang ramai menyertai perhimpunan pembangkang pada hari Ahad bagi menghentikan peperangan di Ukraine dan menuntut Putin meletak jawatan.

Namun, Nemtsov mati selepas ditembak beberapa kali dari belakang ketika sedang melintasi sebuah jambatan berhampiran Kremlin. Perhimpunan itu juga telah dibatalkan dan digantikannya dengan sebuah perarakan melalui tengah kota Moscow melalui jambatan sama bagi memperingati Nemtsov.

Pasukan penyiasat mendedahkan pembunuh Nemtsov melepaskan sekurang-kurangnya la-pan das tembakan tetapi, seorang model wanita warga Ukraine yang ada bersamanya ketika itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rakaman yang disiarkan televisyen tempatan daripada sebuah kamera jarak jauh menunjukkan seorang suspek berlari di jalan raya sebelum memasuki sebuah kereta yang menunggunya. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=p0K0fO3LvR0

Tags: Vladimir Putin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Putin Sokong Gencatan Senjata 30 Hari

Putin Sokong Gencatan Senjata 30 Hari

14/03/2025
0

MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin, semalam berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh...

Trump Akui ‘Tersinggung’ Sokongan Putin Terhadap Kamala Harris

Trump Akui ‘Tersinggung’ Sokongan Putin Terhadap Kamala Harris

08/09/2024
0

WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump secara berseloroh mengakui bahawa beliau "sangat tersinggung" dengan keputusan Presiden Rusia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd