MELALUI rakaman CCTV yang dikongsikan ini, anda dapat melihat ‘kebijaksanaan’ pengguna kita menyelesaikan masalah ketika berada di stesen minyak.
Berdasarkan maklumat diterima, pekerja di stesen minyak Shell, Kepala Batas ini dipukul kerana tidak sengaja menumpahkan minyak petrol yang disisi.
Dikatakan isteri kepada pengguna tersebut memarahi pekerja Shell ini yang merupakan seorang warga Bangladesh.
Pekerja tersebut kemudiannya menjawab  dengan berkata, “kalau tak mahu tumpah, isilah sendiri.”
Mengetahui jawapan pekerja Bangla terbabit, suami wanita berkenaan terus memukulnya.
https://www.youtube.com/watch?v=a8HR5ytpGLc&feature=youtu.be
Bagi kami, ketiga-tiga manusia dalam video ini agak ‘kurang cerdik’.
Si perempuan tahu hendak marah sahaja, apa salahnya isi sendiri sahaja minyak tersebut kalau tidak mahu tumpah.
Si suami pula sepatutnya meredakan keadaan, bukannya terus dipukul mat Bangla tersebut.
Mat Bangla ni pula, cubalah cakap berbahasa sikit dah tahu berada di negara orang kan… kan dah mendapat.
Apa pun ni semua kes tak ada sabar punya orang!
-MYNEWSHUB.CC