MENCEMASKAN..!
Seorang lelaki yang sedang melakukan terjunan udara telah dirakam mengalami serangan sawan ketika berada pada ketinggian 9,000 kaki di udara.
Video berdurasi dua minit yang hingga kini mendapat jumlah tontonan lebih lapan juta itu, baru dimuatnaik di YouTube pada 1 Mac lalu.
Dalam insiden yang nyaris meragut nyawa, mujurlah ‘jumpmaster’ yang memantau aktiviti sempat menarik tali pembuka paracut bagi menyelamatkan nyawa lelaki itu.
Dapat disaksikan, lelaki berkenaan berada di udara dalam keadaan tidar sedar selama 30 saat sebelum kembali terjaga pada ketinggian 3,000 kaki di udara.
Dia akhirnya selamat mendarat dan amat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup.
Satu yang pasti, detik cemas pada hari berkenaan tak mungkin akan dilupakannya sampai bila-bila! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Syafiq Akhir

