• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Wajib Pilih Pemimpin Ikut Kata Ulama – Nik Abduh

oleh Ahmad Albab
01/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia beragama Islam mesti memilih pemimpin berdasarkan pandangan ulama walaupun negara ini mengamalkan demokrasi dalam sistem pilihan raya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, umat Islam Malaysia tidak boleh memilih secara sesuka hati memilih pemimpin kerana mereka mempunyai tanggungjawab ke atas agama.

“Rakyat diberi hak memilih pemimpin mereka. Mereka tidak boleh disekat. Tetapi mereka tidak boleh memilih sesuka hati kerana ianya dipertanggungjawabkan oleh agama.

“Dalam sistem pemerintahan Islam, hak rakyat memilih mestilah dipandu oleh ilmuan syarak atau para ulama,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkata, umat Islam negara ini berdosa jika memilih pemerintahan pemimpin yang fasiq (orang yang keluar daripada garis panduan Islam).

Justeru, katanya, memang menjadi kemestian untuk ulama bersuara dan suara mereka pula mesti didengar semasa memilih semua perkara yang melibatkan hukum.

“Ulama akan memastikan rakyat diselamatkan daripada tipu daya golongan perosak yang bebas bergerak dalam ruang demokrasi.

“Golongan ini akan seupayanya mendorong rakyat untuk keluar daripada perintah agama yang bertentangan dengan kehendak hawa nafsu manusia,” tegasnya lagi.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Nik Abduhrakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

90% Rakyat Malaysia Hanya Guna 100 Liter Petrol Sebulan

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Data menunjukkan hampir 90 peratus rakyat Malaysia hanya menggunakan secara purata 100 liter petrol sebulan. Ia bermakna...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd