• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ulang Desak Christopher Mohon Maaf

oleh Ahmad Albab
02/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sekumpulan peguam yang menggelarkan diri mereka G100 mengulangi gesaan supaya Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menarik balik kenyataannya yang mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan itu juga mahu Leong memohon maaf secara terbuka kepada badan kehakiman dan mengeluarkan penjelasan kepada badan-badan antarabangsa yang berkaitan berikutan kenyataan kontroversi sebelum ini.

G100 yang ditubuhkan baru-baru ini untuk membantah kenyataan kontroversi Leong berhubung respons kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari yang mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar kerana kesalahan meliwat.

Pada 21 Februari lalu, kumpulan yang terdiri daripada lebih 100 peguam mengeluarkan kenyataan akhbar pertama menuntut Leong menarik balik kenyataan yang dibuatnya pada 11 Februari.

Bagaimanapun G100 mengeluarkan kenyataan baharu pada Sabtu lalu, mengulangi gesaan mereka supaya Leong untuk menarik balik kenyataannya.

Ini berikutan kenyataan balas Leong pada Jumaat yang menegaskan bahawa Majlis Peguam bukan pro-pembangkang ataupun kerajaan.

Pada 10 Februari lalu, Anwar kalah dalam rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh di sini.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. – mStar Online

Tags: kes liwatPeguam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Terdapat pihak merancang untuk menceroboh semula tanah Yayasan Kubra dengan alasan untuk melakukan upacara anutan di tapak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd