• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuan Ibrahim Tuan Man Dicalon Tentang Hadi Awang

oleh Ahmad Albab
10/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS Kota Bharu pada Isnin telah memecah tradisi dengan mencalonkan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding jawatan presiden pada pemilihan pucuk pimpinan parti itu Jun nanti.

Sepanjang 13 tahun menjadi presiden, iaitu sejak mengambil alih daripada Datuk Fadzil Noor, Hadi tidak pernah ditentang oleh sesiapa pun.

Ketuanya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika mengumumkan demikian dalam sidang akhbar di sini menjelaskan keputusan untuk mencalonkan Tuan Ibrahim adalah keputusan sebulat suara.

“Sebab mengapa PAS Kota Bharu mencalonkan Tuan Ibrahim sebagai calon presiden adalah kerana soal kesihatan…beliau (Hadi) perlu berehat,” tegas Wan Rahim.

Beliau bagaimanapun menjelaskan yang PAS Kota Bharu tidak berunding dengan Tuan Ibrahim berhubung pencalonan itu atau mendapatkan restunya terlebih dahulu.

“Tetapi berdasarkan firasat saya, Abdul Hadi sendiri akan bersetuju dengan pencalonan Tuan Ibrahim sebagai presiden,” ujarnya.

Wan Rahim juga berkata, seandainya Tuan Ibrahim menolak pencalonan ini, ia bukanlah salah PAS Kota Bharu.

Kumpulan ulama dalam PAS telah menyeru agar jawatan presiden tidak ditandingi. – mStar Online

Tags: Hadi AwangTuan Ibrahim Tuan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

Hadi Awang Kemungkinan Besar Dilantik Pengerusi PN – Kamaruddin

01/01/2026
0

KOTA BHARU: BERSATU Kelantan tidak menolak kemungkinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, akan dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional...

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

Hadi Awang Tolak Jadi PM Jika PN Menang PRU16

15/09/2025
0

ALOR SETAR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Perikatan Nasional (PN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd