• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Beradik Dakwa Cedera Akibat Dirawat Bomoh

oleh Ahmad Albab
20/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Tiga beradik berusia antara lima hingga 10 tahun didakwa mengalami kecederaan akibat dirawat seorang bomoh tradisional sejak Oktober tahun lalu.

Mereka yang dikatakan menerima rawatan hampir setiap hujung minggu melecur pada badan akibat sering dicucuh dengan colok setiap kali menerima rawatan daripada bomoh tersebut.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Mohd Kamal Kordi berkata perkara tersebut akhirnya diketahui bapa mereka yang bekerja sebagai tukang masak selepas anak lelakinya yang berusia lima tahun mengadu sakit di bahagian dada pada 10 Mac
lalu.

Pemeriksaan pada pada badan abang kanak-kanak itu yang berusia enam tahun dan kakaknya yang berusia 10 tahun turut mendapati terdapat kesan lecur yang sama, katanya

Beliau berkata anak sulung lelaki itu memberitahu bahawa ibu mereka telah membawa mereka menemui bomoh itu di Bukit Lima untuk upacara sembahyang di mana mereka dipaksa berlutut berjam-jam lamanya sambil memegang colok dan apabila mereka bergerak mereka akan dicucuh dengan colok.

Adik beradik itu juga telah diugut untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai perkara itu selain diarahkan memakai pakaian berlengan panjang sepanjang masa,
katanya.

Mohd Kamal berkata bapa kanak-kanak tersebut kemudiannya membuat laporan polis dan wanita tersebut telah ditahan petang tadi.

Bomoh tersebut turut sedang diburu, katanya. – mStar Online

Tags: Bomoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomoh Cabul Budak Disambung Reman 6 Hari

Bomoh Cabul Budak Disambung Reman 6 Hari

08/02/2025
0

CHUKAI: Seorang bomoh muda yang dipercayai mencabul budak perempuan berusia 11 tahun pada 31 Januari lalu, disambung reman enam hari...

[Sidang DUN] Bomoh, Sihir, Pengkid Diwarta Jenayah Syariah Di Terengganu

[Sidang DUN] Bomoh, Sihir, Pengkid Diwarta Jenayah Syariah Di Terengganu

01/12/2022
0

KUALA TERENGGANU : Amalan perbomohan dan sihir merupakan antara empat seksyen baharu yang diwujudkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd