• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tibi Masih Punca Utama Kematian Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
29/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Batuk kering (tibi) masih merupakan punca utama kematian disebabkan penyakit berjangkit di Malaysia dengan 1,603 kes dilaporkan tahun lepas berbanding 1,597 pada 2013.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sepanjang tahun lepas, pemeriksaan dilakukan terhadap 543,146 pesakit yang mempunyai gejala TB dan daripada jumlah itu, 15,232 didapati positif tuberculin.

Katanya, usaha bersepadu untuk mengawal penularan TB perlu dilakukan berikutan peningkatan kes penyakit itu sebanyak 2.7 peratus daripada 24,071 pada 2013 kepada 24,711 tahun lepas.

Beliau menggesa pengamal perubatan termasuk agensi swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi berkenaan berganding bahu untuk mengawal penularan penyakit itu dengan melakukan pemeriksaan terhadap penghuni pusat koreksional, penghuni rumah penjagaan orang tua, pesakit dijangkiti HIV, penghidap diabetes, perokok dan sebagainya.

“Kita masih boleh mengawal penularanya melalui pengesanan dan rawatan awal,” kata beliau pada majlis pelancaran sambutan Hari TB Sedunia Peringkat Kebangsaan. di sini, Sabtu.

Dr Noor Hisham berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 1.5 juta manusia meninggal dunia akibat TB di seluruh dunia dan pihaknya menganggarkan terdapat sekurang-kurangnya sembilan juta kes baharu, 550,000 daripadanya melibatkan kanak-kanak.

Katanya, kira-kira 80,000 kanak-kanak meninggal dunia akibat penyakit itu di seluruh dunia pada 2013.

Beliau berkata, Labuan mencatat kadar kes TB paling tinggi di Malaysia iaitu lebih 100 kes bagi setiap 10,0000 penduduk.

“Oleh itu, saya menggesa agar lebih banyak program pendidikan dan kesedaran tentang TB diadakan dengan kerjasama badan berkaitan bagi membantu mengawal penularan penyakit ini,” katanya. – mStar Online

Tags: pesakitTibi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

Penyakit Tibi Menular, 33 Kes Positif

Penyakit Tibi Menular, 33 Kes Positif

06/02/2026
0

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu kluster Tuberkulosis atau tibi di Kota Tinggi pada 25 Januari lalu dengan 33...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd