• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Iraq Mula Gempur IS Di Salahuddin

oleh Ahmad Albab
02/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGHDAD – Tentera Iraq melancarkan serangan besar-besaran terhadap militan Negara Islam (IS) di wilayah Salahuddin, kubu kuat kumpulan pejuang radikal itu di utara Baghdad, kata Perdana Menteri, Haider Al-Abadi.

Abadi turut memaklumkan sudah bertemu dengan pemimpin tentera di wilayah berkenaan, di mana ribuan anggotanya kini sudah bersiap sedia untuk berperang.

“Perdana Menteri dan Ketua Angkatan Tentera mengumumkan permulaan kempen keselamatan untuk membebaskan Salahuddin,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan pejabatnya.

Dalam komennya seperti disiarkan televisyen Iraq, Abadi berkata, militan di wilayah Salahuddin terbabit akan diarah keluar dan penyokong mereka ditawarkan peluang terakhir untuk menyerah diri.

“Saya menyeru semua orang yang sudah memilih jalan salah dan membuat kesilapan pada masa lalu untuk meletakkan senjata hari ini.

“Ini adalah peluang terakhir mereka. Jika mereka berkeras untuk tinggal di jalan yang salah, mereka akan menerima hukuman seadilnya kerana mereka menyokong keganasan,” katanya.

Beribu-ribu askar dan pejuang dari Hashid Shaabi juga sudah digerakkan bagi kempen menentang militan itu di wilayah Salahuddin.

Pada Sabtu, penduduk melaporkan pertempuran di sekitar wilayah Samarra selepas pengebom berani mati meletupkan diri berhampiran pasukan keselamatan dalam serangan yang mungkin bertujuan mengganggu tentera.

Pengumuman Abadi itu dibuat selepas beberapa percubaan gagal untuk mengekang kemaraan kumpulan militan di Tikrit yang mula mara ke arah Baghdad sejak Jun lalu, sambil menambah sebahagian besar utara dan barat Iraq kini sudah di bawah kawalan mereka.

IS kini dilapor berjaya mengawal beberapa kubu kuat di wilayah Sunni terutamanya di Salahuddin dan Tigris, termasuk Tikrit, kota kelahiran bekas presiden, Saddam Hussein. – Reuters

Tags: IraqIS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

19/07/2024
0

BUTTERWORTH : Seorang pekerja kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan...

‘Malaysia Tak Gentar Ancaman Bom’ – Zahid Hamidi

Konflik Palestin-Israel: Iran Desak Zionis Henti Serangan Sebelum Terlambat

15/10/2023
0

TEHERAN – Iran semalam mengeluarkan amaran baharu kepada Israel yang mendesak agar Rejim Zionis menghentikan serangan ke atas Gaza sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd