• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Terbiar Milik Persendirian Di Melaka Timbulkan Masalah

oleh Ahmad Albab
31/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seluas 3,628 hektar tanah milik persendirian di negeri ini merupakan tanah terbiar yang turut menimbulkan masalah seperti menjadi habitat musuh tanaman antaranya babi hutan.

Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Hasan Abdul Rahman berkata keluasan tanah yang tidak diusahakan itu agak besar daripada keluasan keseluruhan tanah di negeri ini pada 79,276 hektar.

Justeru katanya Kerajaan Negeri Melaka menggesa pemilik tanah terbiar di negeri ini membangunkannya dengan pelbagai aktiviti pertanian bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka di samping dapat memajukan sektor pertanian negeri.

“Kerajaan negeri memandang serius isu tanah terbiar ini kerana ia akan merugikan bukan sahaja negeri dan negara tetapi juga membantutkan usaha untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran bekalan makanan,” katanya kepada Bernama di sini.

Justeru, katanya kerajaan negeri telah menghantar surat rasmi kepada semua pemilik tanah terbiar di negeri ini dengan kerjasama Pejabat Tanah Daerah serta Pejabat Tanah dan Galian Melaka bagi memberi kebenaran kepada kerajaan untuk memajukan tanah mereka.

Bagaimanapun Hasan berkata hanya 2,571 pemilik sahaja yang memberi respons positif kepada Jabatan Pertanian untuk program itu manakala pemilik lain tidak bersetuju dan tidak memberi apa-apa maklum balas.

“Kerajaan negeri juga telah melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan kesedaran dan memberi galakan kepada pemilik tanah terbiar berkenaan bagi mengusahakannya melalui Jabatan Pertanian negeri yang dilantik sebagai urusetia program tersebut,” katanya.

Beliau berkata kerajaan melalui pelbagai agensi turut memberikan pelbagai manfaat dan insentif kepada pengusaha termasuk khidmat nasihat dan kaunseling bagi menggalakkan pembangunan tanah terbiar di negeri ini.

Katanya sebagai contoh pemberian bantuan amalan teknologi maksimum bernilai RM20,000 per hektar diberikan kepada setiap projek pambangunan tanah terbiar yang mengusahakan tanaman pertanian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang cepat mengeluarkan hasil dan mempunyai pasaran. – BERNAMA

Tags: MelakaTanah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Terdapat pihak merancang untuk menceroboh semula tanah Yayasan Kubra dengan alasan untuk melakukan upacara anutan di tapak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd