• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Tonton Filem Lucah Lebih Seks Romantik

oleh
01/04/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Ada pandangan mendakwa hobi menonton filem pornografi boleh menjejaskan kehidupan seks pasangan yang sudah berkahwin untuk berlaku curang dengan pihak ketiga, namun pula lain cerita di Amerika Syarikat.

Kajian pakar seksologi Universiti California Los Angeles (UCLA) di sini dan Universiti Concordia, Montreal, Quebec; pusat pengajian tinggi terbesar di Kanada, mendapati hobi santai itu pun ada faedahnya kepada institusi perkahwinan.

Apa tidaknya, penyelidikan dua universiti terbaik itu merumuskan, lelaki berkahwin yang menontoh filem lucah secara rutin harian amat cenderung menikmati pengalaman bercinta dan berasmara lebih menarik bersama dengan pasangan.

Uji kaji itu melibatkan 280 suami termasuk hampir separuh daripadanya yang sudah lama berkahwin dan anak pun telah berumah tangga, kata Nicole Prause, saintis Jabatan Psikiatri di Institut Tingkah Laku Manusia dan Neurosains UCLA.

BACA : Kuat Seks = Otak Bijak

Responden sebelum menjalani penyelidikan disoal siasat mengenai corak kekerapan menonton filem porno dan tahap ghairah seksual serta kemudian baharulah diminta menyaksikan pelbagai filem lucah selama 25 jam dalam tempoh seminggu.

Lelaki ‘bertuah’ itu turut dikehendaki menyelesaikan sejumlah soalan akademik berhubung kegagalan ereksi selain diminta menonton beberapa adegan erotis dan penuh seni kelucahan secara terkawal di dalam makmal khas.

Hasilnya, saintis menyimpulkan, golongan suami ‘terpilih’ itu selepas menonton filem genre tersebut didapati memiliki paras ghairah seksual dan kenikmatan yang lebih besar ketika melakukan aksi persetubuhan dengan isteri masing-masing.

“Mereka mempunyai pengalaman erotis paling kuat berbanding suami yang kurang atau langsung tidak pernah menonton filem lucah,” jelas Prause yang turut terkejut dengan keputusan luar biasa ujian berkenaan. – Agensi

Tags: asmarakemaluansekssensoredsetubuhsuami
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

Suami, Isteri Maut Dibunuh: Atuk Tekad Jaga Tiga Cucu

14/01/2026
0

SRI AMAN – Bapa kepada mangsa wanita yang ditemukan meninggal dunia bersama suaminya dalam kejadian tragis di sebuah kediaman di Taman Mutiara,...

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

Suami Orang Dakwa Dalam Proses Cerai, Dicekup Berkhalwat Bersama Janda

20/12/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki berstatus suami orang dan seorang wanita berstatus janda dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd