• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuasy: Nicol Kecundang Di Final Terbuka Windy City

oleh Ahmad Albab
05/03/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain nombor satu dunia dari Malaysia, Datuk Nicol Ann David, tewas pada perlawanan akhir Terbuka Windy City 2015 semalam, sekali gus memusnahkan harapannya untu meraih gelaran sulung kejohanan berkenaan.

Nicol tumpas kepada pemain Mesir, Raneem El Weleity 16-14, 10-12, 7-11 dan 7-11 dalam pertarungan 57 minit di University Club of Chicago, Chicago, Amerika Syarikat.

Ini kali kedua bagi kedua-dua pemain bersaing di peringkat akhir selepas Terbuka Cleveland Classic pada 3 Feb yang menjadi medan Nicol memenangi kejohanan pertama bagi 2015.

“Saya berasa begitu gembira dengan kemenangan ini. Ia bukan kejohanan yang mudah bagi saya, dan pujian harus diberi kepada Nicol. Dia bermain sangat baik tetapi saya berbangga dapat meneruskan dan menamatkan perlawanan ini,” kata Raneem mengenai kemenangannya yang dipetik laman sesawang www.squashsite.co.uk.

Menurut laman sesawang itu, set pertama berlangsung dalam keadaan sengit mata demi mata sehinggalah Raneem mendahului 10-8 pada suatu ketika tetapi Nicol berjaya menguasai permainan bagi mencatat kemenangan 16-14.

Dalam set berikutnya, Raneem sekali lagi mendahului tetapi kali ini dia menang dengan 12-10.

Pada set ketiga pemain Mesir itu sentiasa mendahului dan menamatkannya dengan 11-7.

Nicol berhempas pulas pada set keempat dan di satu peringkat mendahului permainan namun Raneem berjaya mengetepikan saingan dengan 11-7 untuk meraih gelaran juara. – BERNAMA

Tags: Nicol David
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kereta Putus Dua Tapi Berpantang Maut Sebelum Ajal!

Next Post

KKM Kutip Kompaun RM73,000 Daripada Perokok Di R&R

Related Posts

“Satu Penghormatan, Terima Kasih Malaysia” – Nicol

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - "Satu penghormatan, sangat gembira yang tidak terkata. Terima kasih Malaysia, di atas sokongan anda," ungkap Datuk Nicol...

PM Ucap Tahniah Nicol Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

02/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David...

Next Post

KKM Kutip Kompaun RM73,000 Daripada Perokok Di R&R

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd