• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Akan Mula Larang Jual Rokok Di Pasaran

oleh
14/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Selepas berjaya mengharamkan penjualan shisha, sejenis rokok paip tradisional masyarakat Arab akhir tahun 2014; Singapura kali ini mengorak langkah lebih jauh – langsung mengharamkan pula penjualan rokok.

Stesen tempatan, Channel NewsAsia pada Jumaat melaporkan, usaha terbaharu itu bakal menyaksikan semua peruncit tidak lagi dibenarkan menjual rokok secara terbuka susulan pindaan akta kawalan iklan dan penjualan tembakau tahun ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Singapura, Dr. Muhammad Faishal Ibrahim memberitahu Parlimen, pindaan tersebut akan diusulkan tahun ini bagi mengharamkan penjualan rokok di kaunter kedai runcit secara terbuka.

BACA : Bahaya Daripada Rokok, Singapura Haramkan Shisha

Harga jualan runcit rokok di pasaran Singapura adalah yang paling mahal di dunia. – Gambar hiasan

Namun, sama seperti langkah pengharaman shisha pada 27 November lalu, tempoh selama 12 bulan akan diberi kepada para peruncit untuk mematuhi undang-undang baharu itu termasuk menghabiskan simpanan semua bekalan lama di setor.

Menurut Dr. Faishal, pihak kementerian itu turut akan mengadakan sesi pengumpulan maklum balas daripada masyarakat mengenai sama ada segala aktiviti penjualan produk-produk tembakau seharusnya diselaraskan agar lebih seragam.

Beliau menegaskan, penyelarasan ini juga mungkin dapat mengurangkan daya tarikan kepada rokok dan ia salah satu cara yang berkesan dalam menggalakkan individu supaya berhenti merokok atau membuang terus tabiat itu sama sekali.

Perokok tegar di Singapura hanya boleh merokok bebas di kawasan yang sudah dikhaskan pihak pemerintah. – Gambar hiasan

Tahun lalu, Singapura mengharamkan penjualan shisha mengikut Peraturan Larangan Produk Tembakau Seksyen 15 Akta Tembakau (Kawalan Pengiklanan dan Penjualan) tetapi memberi masa cukup kepada peruncit menghabiskan stok sedia ada.

Jika peniaga berdegil, mereka boleh didenda maksimum S$10,000 (RM26,696) atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali dan kesalahan susulan, denda maksimum S$20,000 (RM53,393) atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Singapura mengharamkan larangan merokok di tempat awam sejak 1970 malah diperluaskan ke pelbagai premis terbuka termasuk kelab malam dan pengangkutan awam dengan hukuman denda maksimum S$1,000 (kira-kira RM2,670). – Agensi

Tags: RokokShishaSingapura
Share203Tweet127SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd