• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM200j Untuk Program Bantuan Rumah Seluruh Negara Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
22/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM200 juta untuk melaksanakan Program Bantuan Rumah (PBR) di seluruh negara tahun ini, kata Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM50.2 juta diperuntukkan kepada Sabah dan RM50 juta di Sarawak.

“Peruntukan itu meliputi pembinaan sebanyak 2,756 unit rumah baharu dan membaik pulih sebanyak 5,744 buah rumah di seluruh negara. Kami sudah mengenal pasti dan telahpun menerima senarai keluarga yang akan menerima bantuan rumah tersebut.

“Setiap rumah berharga RM50,000 seunit dan pembinaan beberapa buah rumah telah mula dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sentosa, Hill Top, di sini hari ini.

Bagi memastikan PBR dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan holistik, beliau berkata pihak kementerian akan memastikan semua penerima bantuan mempunyai tapak untuk membina rumah tersebut.

“Penyediaan tapak adalah sangat penting … kami tidak mahu ada masalah yang timbul apabila rumah itu siap kelak, kerana tapak yang telah dibina rumah itu adalah milik orang lain.

“Oleh itu kami minta kerajaan negeri memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah tapak agar perancangan program itu dapat dilaksanakan dangan baik dan lancar,” katanya.

Pada majlis itu, Mohd Shafie menyampaikan sumbangan berupa makanan dan wang tunai kepada 71 keluarga yang terlibat dalam kebakaraan di Kampung Sentosa Hill Top, Tawau.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang, 9 Mac lepas itu, sebanyak 58 buah rumah musnah dalam kebakaran tersebut. – BERNAMA

Tags: Shafie Apdal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kesemua 9 Pusat Mengundi PRK Dun Chempaka Ditutup

Next Post

MIC Tolak Hudud, Tak Sokong Usul PAS

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Antara Dosa, Pahala Dan Jajaran

09/06/2022
0

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tetap mempertahankan pendedahannya mengenai Tan Sri Dato' Hj Mahiaddin Bin Hj....

Next Post

MIC Tolak Hudud, Tak Sokong Usul PAS

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd