• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM100j Untuk Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti

oleh Ahmad Albab
25/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyediakan RM100 juta sebagai dana permulaan bagi menjayakan program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) di lima kawasan terpilih, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Menurutnya kawasan terlibat ialah Seremban, Kangar, Kuching, Ipoh dan Kuala Terengganu yang bermula tahun ini.

“Kerajaan sedang melaksanakan inisiatif transformasi untuk perkhidmatan bas henti-henti ini bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang baik,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Ong Kian Ming (DAP-Serdang) yang ingin tahu anggaran nilai kontrak perkhidmatan bas untuk setiap satu rangkaian di lima kawasan projek perintis bagi program SBST.

Menurut Nancy dua polisi dirangka untuk program itu adalah pelaksanaan rangkaian bas henti-henti berdasarkan penawaran dan model penghantaran kos kasar bagi penyelesaian jangka panjang mengatasi masalah kewangan yang dihadapi bas henti-henti.

“Rangkaian bas berhenti-henti berdasarkan penawaran ini akan mengatasi masalah kekurangan liputan dan kesalinghubungan di bandar mahupun luar bandar,” katanya.

Beliau berkata melalui pelaksanakan model penghantaran kos kasar, pengusaha atau operator akan dapat menawarkan perkhidmatan dalam rangkaian tanpa perlu gusar tentang kemampuan operasi mereka.

“Melalui skim ini, kerajaan melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan bertanggungjawab terhadap kos operasi bagi rangkaian bas ini, manakala operator hanya perlu memastikan perkhidmatan disediakan dalam kawasan rangkaian mengikut kekerapan dan terma-terma yang ditetapkan dalam kontrak,” katanya. – BERNAMA

Tags: basNancy Shukri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Kelajuan bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) Jun lalu...

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

12/07/2025
0

RANAU – Seramai 22 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd