Selepas berjaya mengenggam trofi keramat yang didambakan bintang Hollywood iaitu Pelakon Lelaki Terbaik di Oscar 2015, Eddie Redmayne langsung tidak menoleh ke belakang lagi.
Menurut informasi portal hiburan antarabangsa, bagi mengekalkan momentumnya dalam industri, Redmayne sedang menjalani penggambaran filem terbaru yang bakal mempotretkan dirinya dari sisi kontra iaitu sebagai seorang transgender. Wow!
[BERKAITAN: Tak Menang Oscar… Micheal Keaton Simpan Balik Nota Ucapan]
Diarahkan oleh pengarah prolifik Tom Hooper, filem yang diberi judul The Danish Girl itu merupakan adaptasi dari sebuah novel berdasarkan kisah benar.
Naratifnya berkisarkan tentang kehidupan seorang pelukis, Einar Weigener, salah seorang lelaki pertama yang berjaya menjalani pembedahan membuang alat kelamin sekitar 1930-an dan kemudiannya menukar nama kepada Lili Elbe.
Demi menjayakan peranannya sebagai transgender, Redmayne turut menurunkan berat badannya bagi tampak lebih kurus dan feminin.
Sebelum ini, watak tersebut turut ditawarkan kepada pelakon wanita seperti Nicole Kidman, Marion Cotillard dan Charlize Theron.
Tiga tahun lalu, Redmayne mula mencuri tumpuan pengkritik dan peminat apabila dia muncul dalam naskah muzikal Les Miserables di samping pelakon pujaan seperti Hugh Jackman dan Anne Hathaway.
Namun, tahun lalu membawa tuah kepada aktor yang berasal dari kota Londan itu setelah wataknya sebagai Stephen Hawking, ahli fizik terkenal yang menghidap penyakit neuron.
Selain menang di Oscar, Redmayne turut diiktiraf di Golden Globe Awards, The Screen Actor Guild Awards dan BAFTA Awards.
– MYNEWSHUB.CC
Eddie Redmayne Di Rancangan The Ellen Show



