• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Dakwa Peserta ‪#‎kitalawan‬ 15,000 Orang

oleh Ahmad Albab
08/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa perhimpunan haram bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara semalam disertai seramai 10,000 hingga 15,000 orang.

Dakwa beliau, pihak media menipu kerana melaporkan perhimpunan ‪#‎kitalawan‬ tidak mendapat sambutan.

Beliau turut menyifatkan pengguna media sosial yang mengutuk perhimpunan itu ibarat cacing kepanasan kerana melihat kehadiran ramai peserta ‪#‎kitalawan‬.

“Ramai orang Melayu yang beragama Islam lupa bahawa Islam berpaksikan konsep mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran (bukannya bersuruh buat baik sahaja).

“Bangun melawan kezaliman dan ketidakadilan itu satu tanggungjawab dan tuntutan Islam,” dakwanya melalui Facebook beliau hari ini.

Rafizi dalam pada itu mengkritik pengguna media sosial yang memberi komen lebih baik pergi solat daripada menyertai ‪#‎kitalawan‬ dan perhimpunan itu menyukarkan mereka membeli belah di ibu negara.

Beliau mempersoalkan bagaimana pengkritik itu tahu peserta perhimpunan berkenaan tidak solat dan mengapa tidak merungut kerana lalu lintas di ibu negara sesak akibat majlis keraian oleh kerajaan.

“Terhibur membaca komen macai-macai yang kepanasan bila melihat kehadiran yang ramai di ‪#‎kitalawan‬ semalam,” katanya.

- MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=QiKOdRY8BfE

Tags: kita lawanRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd