• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Sambungan LRT Berjalan Lancar

oleh Ahmad Albab
08/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek sambungan LRT Laluan Ampang berjalan lancar, dengan fasa pertama dijangka beroperasi pada akhir Oktober 2015 apabila set tren baharu (LRV) dijadual tiba mengikut jadual.

Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) menerusi satu kenyataan berkata set kedua lapan LRV baharu enam koc untuk Laluan Ampang yang disasarkan beroperasi pada Oktober, tiba di sini hari ini dan diangkut ke depot Ampang LRT untuk pemeriksaan sebelum menjalani ujian dan pengoperasian.

Fasa pertama projek itu menyambung laluan Ampang sedia ada ke empat stesen baharu iaitu Awan Besar, Alam Sutera, Muhibbah dan Kinrara BK5.

“Projek berjalan lancar apabila lapan tren enam koc pertama tiba untuk operasi pada Oktober bagi fasa pertama projek lanjutan LRT Laluan Ampang,” kata Pengarah Pembangunan Projek Kumpulan Prasarana Datuk Zohari Sulaiman

Beliau berkata Prasarana merancang menyambung operasi Laluan Ampang ke empat stesen baharu itu pada akhir Oktober.

“Kami komited terhadap tarikh itu dan sedang bekerja keras untuk memastikan tren tiba mengikut jadual,” kata Zohari yang menambah, set ketiga dan keempat LRV dijadual tiba pada masa yang sama bulan depan.

LRV berkenaan diperoleh daripada pengeluar tren elektrik China, CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd.

Dua puluh daripada 50 set yang ditempah itu untuk projek lanjutan manakala baki 30 set untuk menggantikan tren sedia ada, yang antaranya sudah berkhidmat sejak 1996.

Menerusi lapan tren tambahan dalam perkhidmatan mulai Oktober, pengguna boleh menjangkakan perjalanan yang lebih cepat, selain kekerapan ketibaan tren yang diharapkan menarik pengguna supaya menggunakan pengangkutan awam.

Projek Lanjutan Laluan Ampang bermula dari Stesen Petaling dan melalui Kinrara, Puchong, dan berakhir di Putra Heights.

Lanjutan sepanjang 18.1km itu mempunyai 11 stesen baharu. – BERNAMA

Tags: Kumpulan PrasaranaLRT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Punca Air Tercemar Di Cameron Highlands Didedah

Next Post

Sah Hamil.. Erin Malek Mengandung Anak Kembar

Related Posts

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

‘Arahan Saya Tangkap Semua’ – Ketua Polis KL

28/12/2024
0

JEMPOL - Polis mengesahkan akan ada tangkapan lagi membabitkan pergaduhan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan...

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

Solidariti Palestin: Orang Ramai Digalak Guna LRT

04/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Orang ramai yang hendak menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini, digalakkan menggunakan...

Next Post

Sah Hamil.. Erin Malek Mengandung Anak Kembar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd