• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

POTA Usaha Kerajaan Tangani Ancaman IS – Ahmad Zahid

oleh Ahmad Albab
11/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penggubalan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) merupakan usaha kerajaan untuk menangani ancaman keganasan seperti kumpulan militan IS di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya semakin ramai rakyat Malaysia terpedaya dan salah faham dengan makna jihad sehingga sanggup menggadai nyawa dan harta demi menyertai kumpulan militan IS di Syria dan Iraq.

Beliau berkata terdapat 61 rakyat Malaysia dikenal pasti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sedang berada di Syria dan Iraq kononnya berjuang untuk kumpulan militan IS dan 10 daripadanya didapati telah terkorban.

Katanya dua keluarga membawa keluarga dan anak serta menjual harta untuk menyertai kumpulan militan IS.

“Taksub ini amat dikhuatiri… Sehubungan itu, penggubalan POTA adalah untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid menyaran semua Anggota Parlimen dan rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menyokong POTA yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat bulan ini serta menggesa anggota parlimen tidak terlalu beremosi ketika membahaskannya.

“Ini bukan agenda politik. Ia bukan akta untuk menangkap ahli politik berbeza pendapat. Ia tidak menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebaliknya ia adalah demi kesejahteraan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata undang-undang sedia ada seperti hanya membolehkan tindakan diambil selepas kejadian itu berlaku namun POTA merupakan akta pencegahan di mana ‘mencegah lebih baik daripada mengubati.’

Sementara itu, Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada banduan yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan 69 daripada 178 banduan mendapat sekurang-kurangnya 1A dalam peperiksaan itu yang diumumkan pada 3 Mac lepas.

“Apa yang membanggakan saya ialah dua orang calon SPM mendapat 8A, tiga orang masing-masing mendapat 7A dan 6A, lima orang mendapat 5A dan 11 orang mendapat 4A. Penjara bukan tempat untuk menghukum sebaliknya ia adalah tempat untuk mendidik,” katanya.

Beliau juga mengumumkan bahawa Jabatan Penjara Malaysia berjaya meraih RM28.8 juta pada tahun lepas daripada jualan produk dihasilkan banduan di seluruh negara berbanding RM21.5 juta pada tahun 2013. – BERNAMA

Tags: ISZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd