• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persediaan Hadapi PRU Ke-14 Perlu Bermula Sekarang

oleh Ahmad Albab
15/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 perlu bermula daripada sekarang dan menjadi fokus setiap anggota jentera parti negeri, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata jentera parti tidak seharusnya menunggu saat akhir, justeru katanya setiap aktiviti di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) perlu dipergiatkan serta merta bagi mengetahui setiap permasalahan rakyat mengikut sesuatu kawasan.

Menteri Besar Kedah itu turut mencadangkan agar setiap bahagian dan cawangan parti memberi penerangan dan melakukan perbincangan dalam bentuk kumpulan kecil.

“Khalayak lebih mengenali kita, sekali gus boleh mematahkan dakyah yang dilontar pihak tidak bertanggunjawab, itu satunya cara atasi tohmahan yang disebar melalui media sosial,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen UMNO Kedah di sini hari ini.

Mukhriz turut menegur sikap sesetengah anggota parti yang sudah mula membincangkan mengenai pemilihan parti, sedangkan tarikh sebenar belum diketahui.

“Kita langsung tidak tahu tarikh pemilihan, tetapi mereka sudah ada gerakan mengambil kedudukan untuk mengukuhkan kempen mereka dalam parti. Saya fikir ini tidak produktif dan tidak membantu kita ketika menghadapi pilihan raya umum.

“Saya cadangkan kita tidak perlu fikirkan sangat hal itu, akan ada masanya kita fokus terhadapnya, bukan sekarang. Lebihkan tumpuan kepada menyediakan diri menghadapi pilihan raya umum,” katanya.

Mengenai hubungan antara UMNO negeri dengan pucuk pimpinan UMNO pusat, beliau menegaskan tidak ada sebarang masalah dan perselisihan berlaku, seperti diceritakan sesetengah pihak tidak bertanggunjawab.

“Kami sangat baik dan mesra, apa saja masalah UMNO tahu macam mana nak selesaikan. Jangan bimbang mengenainya,” kata beliau.

Katanya ia jelas dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perasmian Konvensyen UMNO Kedah semalam, sekali gus menunjukkan hubungan baik dan mesra dengan Presiden UMNO itu. – BERNAMA

Tags: PRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd