• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perodua Patuhi Piawaian Keselamatan

oleh Ahmad Albab
16/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan domestik yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia menerusi kementerian dan pelbagai agensi berkaitan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat mengutamakan keselamatan.

Aminar berkata demikian sebagai menjawab dakwaan seorang blogger yang menggunakan nama Wolf Vaupel bahawa model Perodua Myvi dan Alza berisiko tinggi kepada pelanggan.

Vaupel dalam paparan bertarikh 10 Mac 2015 mendakwa kluster instrumen swanyala yang ada pada kedua-dua model tersebut adalah ‘sangat berbahaya’.

Menurut blogger itu, panel instrumen swanyala tersebut boleh mengelirukan pemandu untuk beranggapan bahawa lampu besar kenderaannya dalam keadaan menyala.

“Kami ingin menjelaskan bahawa berdasarkan pertanyaan yang dibuat kepada pihak berkuasa dan juga syarikat insurans, tiada kaitan antara kluster instrumen swanyala dengan kemalangan jalan raya pada waktu malam,” kata Aminar.

Beliau juga berkata ciri kluster instrumen swanyala itu turut terdapat pada kenderaan jenama antarabangsa lain.

Aminar berkata syarikat juga hairan dengan ‘serangan’ Vaupel yang hanya ditujukan kepada Perodua.

“Hakikatnya, generasi pertama Myvi iaitu bagi tempoh 2005-2011 mendapat pensijilan Euro 4 memandangkan Perodua dieksport ke UK sebelum ini. Sejak itu juga kami melakukan penambahbaikan terhadap ciri-ciri keselamatan untuk pelanggan kami,” katanya. – BERNAMA

Tags: Perodua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Dunia automotif tempatan kembali hangat apabila sebuah model baharu yang didakwa sebagai Perodua Traz 2026 mula tular...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd