• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Anjur 2 Acara Besar Tarik Kunjungan Pelancong

oleh Ahmad Albab
08/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kerajaan Perlis akan menganjurkan pesta air dan sukan air secara besar-besaran serta kejohanan separuh marathon yang menawarkan hadiah lumayan untuk menarik pelancong ke negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata Empangan Timah Tasoh yang menjadi pusat pertandingan wind surfing dan regatta Sukan Malaysia Perlis 2014 akan dijadikan venue pertandingan itu pada akhir bulan ini.

Selain itu, katanya, buat pertama kalinya kerajaan negeri dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksana Koridor Utara (NCIA) akan menganjurkan Perlis Half Marathon sejauh 25 kilometer pada 31 Mei ini yang turut dibuka kepada peserta antarabangsa.

“Acara ini menawarkan hadiah utama sebuah kereta berharga lebih RM100,000,” kata Azlan sewaktu berucap merasmikan Pesta Angin Timur Perlis 2015 kali ketiga di Kampung Sungai Berembang, Simpang Empat dekat sini Sabtu.

Beliau berkata maklum balas yang diterima hasil promosi yang dibuat melalui pelbagai medium selain kerjasama pelbagai agensi kerajaan menjangkakan kira-kira 3,000 peserta akan menyertai acara itu.

Beliau berkata Pesta Air Kuala Perlis yang dihidupkan semula tahun lepas akan diteruskan sebelum akhir tahun ini dengan memasukkan acara lebih menarik bagi menjadikannya lebih meriah.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Azlan berkata acara tersebut dirancang dengan teliti bagi memenuhi keperluan Perlis yang tidak banyak tempat pelancongan menarik dan boleh menggamit pelancongan mengunjungi negeri ini.

Katanya 31 Mei dipilih untuk penganjuran acara marathon sebagai strategi serampang dua mata bersempena musim mempelam harumanis iaitu produk yang menjadi ikon negeri untuk diperkenalkan kepada pelancong asing.

“Walaupun pengeluaran harumanis dijangka kurang sedikit berikutan perubahan cuaca berbanding tahun lepas, saya rasa pelancong masih berpleuang menikmati keenakannya,” kata menteri besar.

Terdahulu, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Datuk Ab Ghaffar A. Tambi, dalam ucapannya berkata usaha kerajaan Perlis menganjurkan Pesta Angin Timur harus dipuji dan disokong.

“Aktiviti tradisi yang diadakan perlu diberi nafas baharu bagi menjamin ia terus hidup dan tidak dilupai dalam menghadapi lambakan dan pengaruh budaya asing yang menghakis budaya tradisi,” katanya.

Pesta tiga hari itu bermula Jumaat dihadiri tidak kurang 50,000 orang memaparkan aktiviti petani tahun 1950-an dan 60-an selepas musim menuai padi.

Antara lain ia bertujuan menyemarakkan kesenian tradisional negeri Perlis, memupuk semangat gotong-royong dan memberi peluang penggiat seni tradisional mengambil bahagian selain persembahan hadrah serta wayang kulit. – BERNAMA

Tags: PelancongPerlis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sungai Semenyih Tercemar Lagi – Gangguan Bekalan Air Berulang

Next Post

5 Terbunuh Serangan Kelab Malam Di Mali

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

Bas Bawa 20 Pelancong China Rempuh Treler, Pemandu Parah

22/03/2025
0

Nilai: Bas yang membawa 20 pelancong warga China terbabit kemalangan dekat Kilometer 43, Lebuhraya Utara- Selatan Hubungan Tengah (Elitte), di...

Next Post

5 Terbunuh Serangan Kelab Malam Di Mali

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd