• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Rapid KL Monorail Bersambung Sepenuhnya

oleh AK-47
31/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Perkhidmatan Rapid KL Monorail beroperasi
semula sepenuhnya pada jam 4 petang hari ini selepas beroperasi tanpa sokongan
sistem isyarat kecemasan sejak semalam berikutan kerosakan kabel transmisi.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail Monorail, Abdul Hadi Amran berkata sistem
isyarat tidak dapat berfungsi sepenuhnya semalam disebabkan beberapa kabel optik
gentian yang dipasang di dalam saluran di bawah laluan pandu rosak akibat
digigit tikus.

“Pasukan kami dengan serta-merta mengambil tindakan untuk mengenal pasti
lokasi dan membaiki kabel gentian optik yang rosak di belakang pejabat Telekom
Malaysia berhampiran Jalan Tun Sambanthan.

“Jelas, kabel telah digigit tikus yang mengerumuni kawasan itu. Kami akan
meningkatkan pemeriksaan ke atas kabel dan mengambil tindakan selanjutnya untuk
menangani keadaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam ketiadaan sistem isyarat, perkhidmatan monorel
beroperasi secara manual berpandukan arahan daripada pusat kawalan yang
seterusnya memastikan perkhidmatan berjalan lancar dengan tren berhenti lebih
lama di stesen demi keselamatan penumpang.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata siasatan masih diteruskan terhadap insiden
di Stesen Titiwangsa semalam apabila tayar getah tren monorel terbakar.

“Penemuan awal menunjukkan bahawa kebakaran itu mungkin disebabkan galas hab
utama pecah, kerana terlalu panas, sesak dan mengheret tayar,” kata beliau.

Beliau juga menyatakan kesal dan memohon maaf berikutan satu lagi insiden
pagi ini, membabitkan tren sama empat koc yang terkandas semalam antara stesen
Imbi dan stesen Bukit Bintang.

Tren itu, yang diperiksa dan diluluskan oleh pembina dan kontraktor
penyelenggaraan, Scomi Engineering bagi operasi hari ini, menghadapi kehilangan
kuasa semasa merapati Stesen Bukit Bintang dari Imbi, mengakibatkan ia terkandas
di landasan dan menyebabkan perkhidmatan monorel mengalami gangguan sementara.

Bagaimanapun, tren terbabit dihantar ke Stesen Titiwangsa untuk pemeriksaan
dan pembaikan selanjutnya.

Perkhidmatan kembali seperti biasa antara Stesen Imbi dan Stesen Bukit
Bintang dengan impak minimum pada 9.25 pagi.

Abdul Hadi berkata siasatan terhadap punca insiden sedang dijalankan.– BERNAMA

Tags: Monorel
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Runcit RON95, RON97 Dan Diesel Kekal

Next Post

Ubah Persepsi Negatif Terhadap M’kamah Syariah

Related Posts

Beberapa Stesen LRT, MRT, Monorel KL Ditutup

22/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Rapid KL memaklumkan penutupan sementara waktu beberapa stesen perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT)...

Kerajaan Kaji Sistem Rel Untuk Diguna Sepenuhnya

17/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan satu kajian mengenai sistem rel di negara ini serta langkah bagaimana rangkaian pengangkutan itu...

Next Post

Ubah Persepsi Negatif Terhadap M'kamah Syariah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd