• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggunaan Kamera Retina Mampu Atasi Buta – Dr Hilmi

oleh Ahmad Albab
26/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua Kamera Retina dan beberapa peralatan penyaringan tambahan lain sumbangan Standard Chartered Scope International (M) Sdn Bhd akan banyak membantu dalam usaha merawat pelbagai penyakit berkaitan retina, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata kamera bernilai RM150,000 itu akan digunakan sebagai pelopor dan perintis bagi Program Kesedaran Penyakit Retina (RDAP) di Kuala Lumpur dan Selangor, yang kemudian akan diperluas ke seluruh negara.

“Bagi penyakit retina, membuat penyaringan adalah jauh lebih sukar kerana retina terletak di belakang mata dan tidak mudah dilihat. Di peringkat antarabangsa, perakuan dibuat bahawa kamera retina adalah alat yang amat berkesan dan penting bagi menyaring penyakit retina,” katanya pada majlis pelancaran Standard Chartered RDAP 2015 dan penyerahan kamera itu kepada Hospital Selayang di sini, Khamis.

Turut hadir, Pengarah Hospital Selayang Dr Siti Zaleha Mohd Salleh, Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kebangsaan Dr Nor Fariza Ngah, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Bank Malaysia Mahendra Gursahani dan Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Scope International (M) Sdn Bhd, Kwan Chee Sun.

Melalui program RDAP, pakar mata, pakar optometri, paramedik dan doktor penjagaan utama dari kementerian itu akan berganding bahu dengan Standard Chartered untuk mengadakan siri penyaringan penyakit retina sepanjang 2015 dan 2016 untuk mengenal pasti mereka yang menghidap retinopati diabetes.

Program itu menetapkan sasaran untuk membuat saringan terhadap 10,000 pesakit berpotensi yang terdiri daripada penghidap diabetes dari kawasan pinggir Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan luar bandar lain di negara ini.

Dr Hilmi berkata kira-kira setengah juta pesakit diabetes di Malaysia mengalami beberapa jenis retinopati, yang jika tidak dirawat, boleh menyebabkan buta berkekalan.

“Retinopati diabetes dikenali di seluruh dunia sebagai punca utama buta kekal dan tidak boleh diubati. Bagi pesakit yang mengalami diabetes mellitus, paras tinggi kandungan gula di dalam darah secara berterusan akan menyebabkan pembuluh darah di dalam retina mengecil, berdarah atau bocor,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada Standard Chartered kerana komitmennya dalam projek itu.

Sementara itu, Kwan berkata 2,000 daripada staf sukarelanya akan mengambil bahagian dalam program berkenaan dengan menyertai wakil daripada hospital di pusat penjagaan utama untuk mengadakan jerayawara dan mendampingi pesakit berpotensi setiap minggu.

“Kami berharap, dengan terdapatnya peralatan dan tenaga kerja tambahan ini, kami akan dapat memberi kesan positif terhadap masyarakat tempatan bagi mencerminkan komitmen kami terhadap inisiatif global bank berkenaan, ‘Seeing Is Believing’, yang bertujuan menangani masalah buta dan cacat penglihatan yang boleh dielak.” – BERNAMA

Tags: butaHilmi Yahaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sharifah Faraha, Abdul Azim Didakwa Kes Senjata Api Berkait Warga Israel

Anggota Maritim Malaysia Cedera Berbalas Tembakan, Buta Mata Kiri

08/04/2024
1

TAWAU - Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang cedera di bahagian mata dalam insiden berbalas tembakan di perairan...

26 Buta Lepas Buang Katarak Percuma

02/12/2021
0

New Delhi : Seramai 26 penduduk kampung buta selepas menjalani pembedahan membuang katarak di kem kesihatan percuma anjuran sebuah hospital...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd