• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganjur Perhimpunan Diingat Mohon Permit

oleh Ahmad Albab
29/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penganjur yang ingin mengadakan perhimpunan di bandar raya ini diingatkan supaya memohon permit dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengelakkan sebarang kejadian yang boleh menggugat ketenteraman awam, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Beliau menegaskan DBKL sedia menimbangkan permohonan bagi penganjuran perhimpunan bergantung kepada kesesuaian keadaan pada tarikh dan tempat perhimpunan yang dipohon untuk diadakan supaya tidak melanggar undang-undang.

“Selain itu, membolehkan pihak kami bekerjasama dengan polis untuk memantau dan mengawal situasi bagi mengelakkan kejadian yang boleh menggugat keselamatan orang ramai dan merosak harta benda awam ekoran daripada himpunan berkenaan,” katanya kepada pemberita pada majlis Kejohanan Boling DBKL bersama media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata perhimpunan haram boleh menimbulkan suasana huru-hara dan mengganggu kelancaran aliran trafik di sekitar ibu negaraterutamanya pada waktu cuti hujung minggu.

“Kalau beribu-ribu peserta yang berhimpun, 50 hingga 60 kenderaan milik mereka diletakkan di kawasan yang tidak dibenarkan, sudah tentu ia boleh menimbulkan kesesakan lalu lintas,” katanya mengulas perhimpunan #KitaLawan.

Sekretariat #KitaLawan memutuskan mengadakan perhimpunan di hadapan kompleks beli-belah Sogo di sini setiap Sabtu pada pukul 4 petang dan ia akan diteruskan biarpun tangkapan polis dibuat terhadap peserta terbabit.

Perhimpunan itu dianjurkan bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ahmad Phesal menegaskan DBKL terpaksa mengawal keadaan dengan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menimbulkan provokasi pada perhimpunan haram itu.

Sementara itu, Sahdan Ahmad daripada DBKL dan Maznah Abu Bakar daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), masing-masing muncul juara bagi kategori lelaki dan wanita dalam kejohanan boling itu dengan membawa pulang baucar bernilai RM800 dan pingat.

Tempat kedua dan ketiga kategori lelaki dimenangi Mohd Isham Idris (Utusan Malaysia) dan Pizan Mustafa (The New Straits Times Press) manakala tempat kedua dan ketiga kategori wanita dimenangi Wan Syahrina Wan Ab. Rahman (Bernama) dan Noraida Mohd Anuar (Bernama).

Tempat kedua membawa pulang wang tunai RM600 dan tempat ketiga RM400.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ahmad Phesal. Seramai 50 pengamal media menyertai kejohanan itu. – BERNAMA

Tags: DBKLPermit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd