• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Gempar ‘Pocong’ Muncul Di Simpang Tiga

oleh Ahmad Albab
24/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Penduduk di sekitar kawasan perumahan Taman Kota Jaya di sini menjadi gempar dengan kemunculan lembaga berupa ‘pocong’ yang tersandar di sebatang pokok pisang di simpang tiga di situ awal pagi tadi.

Lembaga berukuran kira-kira 1.5 meter yang dibentuk menyerupai mayat berkafan ditemui di persimpangan Jalan Nangka-Jalan Belinjau menuju Kampung Kelantan.

Kemunculan pocong itu menyingkap kembali penemuan lima objek menyerupai pocong di tebing Sungai Johor di sebuah kampung tradisional di pinggir bandar ini lima tahun lalu.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Ramlan berkata, dia pada mulanya mendapat panggilan telefon kira-kira 9.30 pagi tadi daripada seorang rakan yang mengatakan terdapat pocong berhampiran kedainya.

“Saya terperanjat selain kesal kerana perkara seumpama ini tidak pernah berlaku sejak saya menjalankan perniagaan di sini lebih tiga tahun lalu. Saya menganggap ia dilakukan budak-budak nakal untuk menakut-nakutkan orang,” katanya yang telah membuat laporan polis.

pocong 1

Orang ramai turut berkerumun untuk melihat dan merakam gambar lembaga itu yang dipakaikan telekung wanita yang telah digunting-gunting dan dipalit dengan tanah.

Penyelia Tanah Perkuburan Daerah Kota Tinggi, Jamaludin Sapuan berkata lembaga itu yang diikat lima bahagian dan mempunyai kerongsang di bahagian kepala, didapati disumbat dengan kapas di dalamnya agar berbentuk seperti mayat yang dikafan.

“Kita tidak tahu apa tujuan pocong ini dibuat tetapi yang pasti ia adalah perbuatan tidak baik dari segi syarak serta bersifat khurafat,” katanya yang telah membakar pocong itu di Tanah Perkuburan Islam Makam Bendahara, Kampung Makam.

– BERNAMA

Tags: pelikpocong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Pocong Mengamuk” Di Nibong Tebal Rupanya Prank, Kantoi Kena Ambush

“Pocong Mengamuk” Di Nibong Tebal Rupanya Prank, Kantoi Kena Ambush

08/02/2026
0

NIBONG TEBAL – Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan kelibat “pocong” dipercayai berkeliaran di kawasan gelap berhampiran jalan...

Jelmaan Pocong Di Paloh, Gua Musang?

18/09/2019
0

GUA MUSANG - Sejak minggu lalu, tular video rakaman penampakan pocong yang didakwa dirakam di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd