• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Nigeria Tipu Suri Rumah RM200,000

oleh Ahmad Albab
30/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar kolej swasta warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan menipu seorang suri rumah membabitkan RM231,000.

Egbugha Obinna Godwin, 27, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan.

Tertuduh didakwa menipu Anni Attang, 45, yang merupakan kenalan Facebook, dengan memperdayakannya untuk mempercayai bahawa dia boleh mendapatkan keuntungan daripada projek sebuah syarikat petroleum dan memulangkan wang dua kali ganda daripada jumlah wang yang dipinjam itu.

Perbuatan itu didakwa dengan curang mendorong Anni memasukkan wang RM70,000 ke dalam akaun Maybank milik Norazalin Muiz dan RM161,000 ke dalam akaun Maybank milik Noor Arifin Ismail, yang juga kenalan tertuduh.

Godwin didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Sentul Raya, Jalan 14/48A, The Boulevard Office, Off Jalan Sentul di sini antara 11.06 pagi, 9 Jan lepas hingga 1.39 tengah hari, 27 Jan lepas, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh bagaimanapun mengaku bersalah terhadap pertuduhan tinggal lebih masa selepas pas visa pelajarnya tamat tempoh.

Bagi kesalahan itu, Majistret Ashraf Rezal menjatuhi hukuman penjara tiga bulan terhadap Godwin bermula dari tarikh dia ditangkap pada 23 Mac lepas dan menetapkan 13 Mei untuk sebutan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Nom Phot Prackdit.

Sementara itu, di mahkamah sama, pasangan suami isteri, Norazalin, 37, dan Noor Arifin, 49, mengaku tidak bersalah terhadap lima pertuduhan dengan curang mengeluarkan wang bukan milik mereka berjumlah RM204,000.

Mereka didakwa mengeluarkan wang itu yang juga milik Anni di tiga lokasi berbeza iaitu di Maybank Damansara Jaya, Maybank Aeon Bukit Tinggi ShoppingCentre dan Maybank Intan Millennium, Taman Intan, Klang antara 3 petang, 9 Januari hingga 11.06 pagi, 28 Januari lepas.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Ashraf Rezal membenarkan Norazalin dan Noor Arifin diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin setiap seorang bagi semua pertuduhan dan menetapkan 22 April depan untuk sebutan semula kes itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Gerard Lazarus yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon wang jaminan dikurangkan kepada RM3,000 setiap seorang.

Alasan yang diberi ialah suami isteri itu perlu menanggung enam anak termasuk empat yang bersekolah. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=-lCCJLhVN30

Tags: kes tipuwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd