• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Cari Siput Ditemui Lemas Di Sungai Pahang

oleh Ahmad Albab
27/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Mayat seorang pelajar yang terjatuh ke dalam Sungai Pahang ketika mencari siput di Kampung Peking berhampiran Pekan Tajau, Maran semalam ditemui lemas pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Maran ASP Abd Razak Abd Majid berkata mayat Mohd Syafiq Karim Awang Din, 15, dari Simpang Tajau ditemui kira-kira 10.40 pagi.

Beliau berkata mayat ditemui kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang sebelum mayat dibawa ke Hospital Maran.

Mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama Maran dikatakan mencari siput bersama 12 rakan.

“Ketika melalui beting pasir, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan terkapai-kapai sambil meminta pertolongan rakan-rakannya. Rakan-rakannya cuba membantu namun gagal sebelum mangsa tenggelam,” katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat segera dilakukan dan disambung semula pagi tadi sebelum mayat mangsa ditemui.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sentosa, Maran petang tadi. – BERNAMA

Tags: lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd