• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Pertaruh Calon Muda Hadapi Empat Calon Bebas

oleh Ahmad Albab
10/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS meletakkan calon muda bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 22 Mac.

Calonnya Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad, 42, dilahirkan di Kampung Baung, di sini.

Beliau berkelulusan Sarjana Syariah dari Universiti Malaya selain pernah menuntut dalam jurusan Talaqqi Kitab dan Mustami’ di Damsyik, Syria dan Sarjana Muda Syariah di Universiti al-Azhar, Mesir.

Beliau yang menganggotai PAS sejak 1993 merupakan Bendahari PAS Kawasan Pengkalan Chepa, Imam Masjid Kampung Baung Besar, timbalan pengetua dan pensyarah di Institut Dakwah Islamiah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini.

Ahmad Fathan dikurniakan tujuh orang anak hasil perkahwinan dengan Azizah Hanim Mohd Daud@Ali.

Calon bebas, Sharif Mahmood, 59, pula berasal dari Kampung Bunut Payong di sini dan berkelulusan Diploma Pertanian dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bekas Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu juga merupakan bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan.

Beliau dikurniakan empat orang anak hasil perkahwinannya dengan Siti Fatimah Yaacob, 57.

“Saya bertanding bagi menyuburkan semangat demokrasi politik tanah air setelah Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak bertanding pada PRK berkenaan,” kata Sharif.

Seorang lagi calon bebas adalah Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin berhasrat untuk mewakili dan membela nasib rakyat jika dipilih sebagai Anggota DUN Chempaka.

Fadzillah, 55, seorang ahli perniagaan adalah anak kelahiran Labok, Machang, merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai dua anak perempuan serta dua anak lelaki.

Calon Bebas, Aslah Mamat, 64, dari Sungai Petai, Pasir Puteh, adalah pesara kerajaan dan mempunyai seorang isteri dengan lima anak.

Aslah berkata beliau bertanding pada pilihan raya kecil ini kerana ingin menyampaikan mesej dan penerangan apa yang perlu dilakukan kerajaan untuk rakyat.

Sementara itu, seorang lagi calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, berasal dari Kota Baharu dan pernah menjadi calon Bebas di PRK DUN Pengkalan Kubor, September tahun lepas, namun tewas.

Beliau pernah menjadi tenaga pengajar di beberapa institusi pengajian tinggi.

Pilihan raya kecil diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, akibat kanser prostat pada 12 Feb lepas.

DUN Chempaka mempunyai 21,890 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 20,390 pemilih biasa, 1,497 pemilih awal dan tiga orang pengundi tidak hadir luar negara. – BERNAMA

Tags: PAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

“Ini Pembangkang Paling Tak Berguna?” – Syahir Balas Kritikan KJ

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyifatkan pembangkang hari ini sebagai 'paling tidak berguna'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd