• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parlimen: Dewan Panas Azalina ‘Cuit’ Nurul Izzah

oleh Ahmad Albab
12/03/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat yang masuk hari kedua hari ini panas seketika apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang berhubung isu liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kekecohan tercetus apabila Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) ‘mencuit’ emosi Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) susulan tindakannya cuba menyampaikan hujah mempertahankan bapanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, di Dewan Rakyat, semalam.

“Saya kesian dengan Yang Berhormat Lembah Pantai (Nurul Izzah). Ye lah mana ada anak yang hendak mengaku ayahnya buat jenayah,” katanya ketika membahaskan usul sama, hari ini.

Azalina juga menggesa Nurul Izzah dan keluarganya menerima serta menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah memutuskan Anwar sebagai bersalah.

Hujah Azalina menyebabkan Nurul Izzah bangkit meluahkan rasa tidak puas hati kerana menyifatkan Azalina sengaja membuat serangan peribadi untuk memancing emosinya.

Pertikaman lidah berlaku apabila Azalina dan Nurul Izzah saling berbalah sehingga mendorong Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Said campur tangan dan meminta Azlina meneruskan ucapannya.

Tidak terhenti di situ, perbahasan Azalina terus menggamatkan sesi persidangan apabila beliau menyentuh tentang ‘pilih kasih’ yang diamalkan puak pembangkang dalam soal undang-undang dan kehakiman negara.

Beliau yang memetik dakwaan Nurul Izzah bahawa badan kehakiman sebagai ‘menjual diri kepada syaitan’ menyifatkannya sebagai tuduhan berat kepada badan tersebut.

Mengambil perhatian kepada beberapa keputusan kes yang menyebelahi pembangkang, Azalina menempelak: “Semua menang tak apa, bila menang semua (sistem kehakiman) malaikat, tapi bila kalah semua syaitan. Ini yang menyebabkan rakyat confuse (keliru)”.

Ini menyebabkan beberapa anggota Parlimen pembangkang lain termasuk Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang) cuba mencelah dan saling berbalas hujah dengan Azalina.

Tidak menghiraukan gangguan mereka, Azalina yang terkenal sebagai seorang yang lantang bersuara, turut mencabar pembangkang yang mengamalkan profesion guaman supaya meletakkan jawatan sekiranya benar-benar merasakan institusi kehakiman negara dibelenggu ‘syaitan’.

Azalina dalam hujahnya turut mengkritik pemilihan lokasi himpunan #KitaLawan yang dianjurkan pembangkang di ibu kota, “Pakatan Rakyat menguasai tiga negeri…buatlah di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan,” selar beliau.

– BERNAMA

Tags: Nurul IzzahParlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertelingkahan Mamba, Mambang Buat Johari ‘Sesak Nafas’

Pertelingkahan Mamba, Mambang Buat Johari ‘Sesak Nafas’

06/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Kekecohan yang berlaku akibat pertelingkahan di Dewan Rakyat membabitkan beberapa ahli Parlimen menyebabkan Speaker Dewan Rakyat, Tan...

PRN Sabah: Mohamad Cadang 1 Kerusi Untuk Calon BN Di Setiap Parlimen

PRN Sabah: Mohamad Cadang 1 Kerusi Untuk Calon BN Di Setiap Parlimen

02/08/2025
0

Membakut: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan agar sekurang-kurangnya satu kerusi disediakan untuk calon BN Sabah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd