• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pantai Pulau Tiga Diwartakan Demi Jamin Habitat Penyu

oleh Ahmad Albab
13/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kawasan pantai Pulau Tiga bakal diwartakan tahun depan bagi memastikan habitat penyu bertelur di kawasan itu sentiasa terpelihara.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata kawasan itu mengambil masa lama untuk diwartakan kerana perlu menyakinkan banyak pihak berkepentingan.

“Ada perkara yang perlu dipatuhi, namun apa yang penting kawasan itu dapat diwartakan,” katanya selepas merasmikan laman Facebook Pendidikan ‘5R Hidupan Liar’ dan program pendidikan kesedaran awam anjuran Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah di sini, hari ini.

Beliau mengulas penemuan 19 bangkai Penyu Agar terancam di utara Pulau Tiga baru-baru ini, yang merupakan insiden kedua selepas penemuan 50 bangkai Penyu Agar oleh Renjer Hidupan Liar tahun lepas.

Dalam pada itu, Masidi berkata pihaknya akan membincangkan cadangan untuk mengadakan substesen di Pulau Tiga bagi mengawasi aktiviti haiwan spesis terancam diseludup keluar.

“Pulau Tiga merupakan pulau terasing dan ia cukup besar untuk dikawal,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pendidikan penting bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga spesies haiwan terancam untuk sektor pelancongan negara.

“Tiada penyelesaian melainkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan spesies haiwan terancam itu,” katanya.

Terdahulu, Masidi mengumumkan peruntukan RM35,000 kepada tujuh sekolah di sini yang terlibat dalam program anjuran JHL itu sebagai tanda sokongan kepada sekolah untuk melaksanakan aktiviti berkaitan program kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan terancam di negeri ini.

Sekolah berkenaan termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Sanzac, Sekolah Menengah Stella Maris dan Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle. – BERNAMA

Tags: penyu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Batal Perjanjian Air Akan Dorong Kenaikan Tarif – Bekas MB

Next Post

RM54,000 Untuk Bayar Roadtax Sahaja… Kau Mampu?

Related Posts

41 Penyu Mati Di Terengganu Dalam Enam Bulan

10/06/2022
0

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 41 kes kematian penyu direkodkan di Terengganu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Pengerusi...

31 Kematian Penyu Di Terengganu Dalam Tempoh Tiga Bulan

01/04/2022
0

Dungun : Sebanyak 31 ekor penyu ditemui mati di negeri ini dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram...

Next Post

RM54,000 Untuk Bayar Roadtax Sahaja... Kau Mampu?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd