• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pak Mie Penyelamat Haiwan Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
24/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyelamat haiwan bebas, Muhammad Azmi Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Mie, meninggal dunia selepas diserang strok.

Pak Mie yang berusia 57 tahun meninggal dunia kira-kira pukul 11.30 malam Ahad di Unit Rawatan Rapi Hospital Ampang.

Beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid al-Bukhary di Alor Star pada Isnin.

Pak Mie pada mulanya dibawa ke Hospital Tentera Sultan Mizan di Wangsa Maju sebelum dipindahkan ke Hospital Ampang selepas diserang strok pada pagi Khamis.

Isterinya, Halijah Idris, 68, yang lebih dikenali sebagai Mak Intan, berkata doktor di Hospital Ampang memberitahu keluarga bahawa keadaan Pak Mie adalah kritikal.

Menurut posting di halaman Facebook Pak Mie pada Sabtu, beliau telah menjalani pembedahan tetapi mempunyai ‘harapan yang tipis’ untuk berjaya.

Kemas kini pada Ahad ditulis: “Kata doktor ubat mengepam jantung dah berhenti..hanya kuasa Tuhan dapat menyelamatkan nyawa pakmie.”

Pak Mie dan Mak Intan telah menjaga anjing dan kucing terbiar sejak 1990 dengan menyediakan tempat tinggal kepada 700 ekor anjing dan 200 ekor kucing di Alor Setar.

Mak Intan memberi jaminan perlindungan akan terus diberikan walaupun setelah ketiadaan Pak Mie.

“Walau apa sahaja yang berlaku kepada Pak Mie, saya akan terus memberi perlindungan, bersama anak saya yang berusia 29 tahun Alif Pandi dan dua pekerja sukarela,” katanya kepada The Star pada Sabtu.

“Dia sangat prihatin terhadap haiwan-haiwan ini, yang terbiar atau ditinggalkan, dan kami akan terus menjaganya,” tambahnya.

Cerita pasangan itu berjaya dikesan apabila video mengenai aktiviti sukarela mereka menjadi viral. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=oAhs72DIo1I

Tags: aktivisanjing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

‘Saya Sudah Agak Tuduhan Ini Akan Dilemparkan’ 

‘Saya Sudah Agak Tuduhan Ini Akan Dilemparkan’ 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan memaklumkan beliau sudah menjangka tuduhan dirinya berdiam diri ketika berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd