MEMILIH untuk mengikat tali pertunangan selama tiga bulan, penyanyi Najwa Mahiaddin akhirnya bakal bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Idris Koh Keng Hui pada 26 Mac ini.
Majlis pernikahan dijadualkan berlangsung di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya.
Menurut sumber, kad jemputan majlis pernikahan telah mula diedarkan kepada para tetamu.
Bercerita mengenai kisah cinta mereka, Najwa berkenalan dengan Idris Koh yang merupakan pemilik syarikat Le Koof Music dan juga pemuzik, tujuh tahun lalu.
Penyanyi bersuara mantap yang dikenali menerusi lagu You’ve Got To Go ini, mengikat tali pertunangan bersama Idris Koh pada 8 Disember tahun lalu.
Tahniah dan moga berbahagia kepada Najwa dan Idris Koh.
– MYNEWSHUB.CC
