• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Germanwings: Misi Mencari Diteruskan Hari Ini

oleh Ahmad Albab
26/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEYNE-LES-ALPES – Pihak berkuasa Perancis menangguhkan sementara misi mencari di lokasi nahas pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis apabila tiba waktu malam yang menyukarkan usaha berkenaan di situ.

Perkhidmatan menyelamat polis tempatan, Leftenan Kolonel Simon-Pierre Delannoy berkata, keadaan pencarian di tapak nahas semakin sukar.

Helikopter berhenti membuat penerbangan kerana keadaan semakin gelap.

Katanya, misi pencarian dijangka diteruskan hari ini.

Pesawat Airbus A320 yang dikendalikan syarikat penerbangan tambang rendah anak syarikat Lufthansa, Germanwings terhempas dekat kawasan pergunungan Meolans-Revels dan pusat peranginan ski popular, Pra Loup di selatan Perancis ketika dalam perjalanan dari Barcelona ke Duesseldorf.

Kesemua 150 orang yang berada di dalam pesawat malang itu termasuk enam kru dilaporkan terkorban.

Mangsa termasuk dua kanak-kanak, dua penyanyi opera dan 16 pelajar sebuah sekolah di Jerman dan guru mereka yang pulang dari program pertukaran pelajar di Sepanyol. – Agensi

Tags: GermanwingsJerman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Langkah Berani Jerman: Aktifkan Sistem Arrow Untuk Tampan Ancaman Rusia

Langkah Berani Jerman: Aktifkan Sistem Arrow Untuk Tampan Ancaman Rusia

04/12/2025
0

Jerman secara rasmi telah mengaktifkan bateri pertama sistem pertahanan peluru berpandu balistik Arrow 3 buatan Israel di Pangkalan Udara Holzdorf,...

3 Maut, 5 Cedera Parah Dalam Serangan Bersenjatakan Pisau Di Jerman

3 Maut, 5 Cedera Parah Dalam Serangan Bersenjatakan Pisau Di Jerman

24/08/2024
0

BERLIN - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan bersenjatakan pisau di bandar Solingen, barat Jerman, lapor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd